Wednesday, April 6, 2011

Raja Muda Perlis Sarankan Satu Keluarga Satu Tentera

10.04.2011, Ahad - Hari ini Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan melancarkan Latihan Askar Wataniah 2011 di Kangar, Perlis. Tuanku Syed Faizuddin yang juga merupakan Komandar Regimen 504 Askar Wataniah dalam titahnya menyarankan agar setiap anggota masyarakat melaksanakan pendekatan Satu Keluarga Satu Anggota Tentera.

Tambah baginda lagi, dengan menyertai Askar Wataniah ianya akan dapat mengeratkan lagi perpaduan diantara kaum bagi mengujudkan masyarakat 1 Malaysia yang kukuh dan prograsif. Masyarakat harus ada kesedaran bahawa dengan adanya keluarga mereka dalam Askar Wataniah iannya merupakan satu kebangaan kerana dapat berbakti kepada bangsa, raja dan negara dalam menjamin kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran negara.

Ujar baginda, Penyertaan masyarakat dalam bidang ketenteraan akan meningkatkan tahap disiplin selain menyemai budaya sihat dalam keluarga dan masyarakat itu sendiri. Akhir sekali baginda meluahkan harapan agar pendekatan "Satu Keluarga Satu Anggota Tentera" dapat merealisasikan hasrat merakyatkan Angkatan Tentera Malaysia.

Apa lagi .............. kepada anda yang berminat bolehlah mendaftar sebagai Askar Wataniah bagi melakukan sesuatu yang berfaedah sebagai mengisi masa yang terluang disampin berbakti kepada bangsa dan negara. Keadaah ini bagus diterapkan kepada anak-anak atau adik beradik kita supaya dapat mendispilinkan diri mereka dan menjadi orang yang bertanggungjawab daripada melepak atau melakukan aktiviti yang tidak manis mata memandang seperti yang dilakukan oleh segelintir remaja diluar sana. Fikir-Fikirkan Lah .............

No comments: