Friday, April 1, 2011

Sarimah, Bekas Isteri Pengiran Hidup Mengidap Kanser

05.04.2011, Selasa – Kali nie Syah hendak bercerita mengenai bekas isteri Pengiran Hidup iaitu Primadona Filem Melayu Era 60an dan anak didik Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Sarimah atau Yang Berbahagia Dato’ Sarimah Ahmad. Terbaca kisah beliau di Utusan Malaysia semalam. Sedih juga apabila mengetahui bahawa beliau mengidap Barah Hidung dan Otak Tahap 4 setelah melakukan pemeriksaan kesihatan disebuah hospital swasta pada April 2010 lepas dan dijangka akan hidup hanya tiga bulan sahaja. Berkat ketabahan dan kekuatan dalam dirinya sera percaya ajal dan maut ditanggan tuhan, beliau tidak pernah berputus asa untuk berubat dan menjadi sihat. Sebenarnya beliau mengidap kanser ini semenjak 2007 lagi.

Menurut beliau, pada masa itu dalam seminggu, dua atau tiga kali beliau akan demam dan batuk, bila makan ubat iannya reda tetapi berulang semula. Pada waktu malam pula ada masanya lidah beliau akan berasa kebas tak tak ada deria rasa. Kepalanya pula akan berasa sangat sakit dan terasa seperti hendak putus nyawa. Beliau mengamalkan meminum minum air zam-zam disamping sentiasa mendekatkan diri dengan Allah walaupun dalam keadaan terlantar kesakitan dengan membaca Al-Quraan, solat lima waktu dan solat sunat.Beliau sentiasa berserah pada Allah dan menerima ketentuannya. Satu perkara yang beliau kurang senang adalah rawatan kimoterapi yang menyakitkan bagi beliau yang ketika itu sudah berusia 67 tahun, Beliau menolak rawatan berkenaan atas faktor usia dan memilih jalan bertahan begitu sahaja dengan memilih rawatan alternative dengan sumber kewangan beliau sendiri dan anak-anak.

Beliau mengamalkan pengambilan Supplement B17. Shukur alhamdulilah setelah mengamalkan supplement berkenaan, dia membuat pemeriksaan doktor dan hasil ujian darahnya mendapati hanya tinggal kesan ketumbuhan sahaja dihidung dan kepala. Sehingga sekarang beliau masih mengamalkan supplement berkenaan dan keadaannya bertambah sihat.

Buat masa ini beliau menetap bersama anaknya, Yusarima Puteri dan menantunya Syed Mahadi Syed Fauzi di Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Menurut Yusarima pada permulaannya selama 19 hari ibunya mengambil pelbagai jenis makanan supplement sebanyak 7 kali sehari menyebabkan ibunya muntah dengan banyak dan pengsan serta kadangkala najis keluar tanpa henti. Beliaulah menguruskan ibunya yang pada masa itu terlalu lemah dan tidak sedar akan apa yang berlaku pada dirinya sendiri. Setelah 19 hari mengambil supplement secara pantas (fast track) kadar bacaan kanser ibunya semakin menurun. Sehingga sekarang ibunya masih mengambil suppliment berkenaan walaupun sudah beransur sembuh.

Syah doakan semuga Y Bhg Dato' Sarimah tabah menghadapi dugaan ini semuga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. AMIN.

4 comments:

Anonymous said...

semoga cepat sembuh

hanafi said...

semoga cepat sembuh..............setiap penyakit ada ubat...termasuk

Anonymous said...

salam sy nak tanya dimana nak dpt kan vit b17 itu ye..

Anonymous said...

google je perihalbarah