05.04.2011, Selasa – Sekarang jam 07:10hrs dan Syah sedang dalam komuter bergerak ke KL Sentral. Shukur Alhamdulillah, sampai sahaja di KTM Station Syah dan yang lain-lainnya berlari-lari anak memasuki Station, mana yang menggunakan Touch & Go terus masuk sahaja manakala yang pakai tiket manual kena beratur tu yang mereka nak cepat tu takut kalau beratur panjang dan terlepas train. Masuk sahaja stesyen ada announcement Train Komuter Rawang-Bangi akan sampai dan kami bertolak approx jam 07:05hrs. Mesti cepat sampai nie. Pagi nie Syah akan hadir briefing mengenai gaji baru kakitangan Non Exe TM iaitu Taklimat Career Patu bagi anggota Bukan Eksekutif.
Giliran Syah sepatutnya esok bagi sessi keempat jam 11:00hrs tetapi Syah nak pergi Sessi Pertama pagi nie kerana biasannya banyak tempat kosong dan tak semua yang dipanggil tu available nak attend sesi penerangan nie. Sekarang jam 07:46hrs dan orang sebelah Syah bangun dan ada seorang lelaki yang berdiri tadi duduk sebelah Syah. Alamak dahlah badannya besar dan agak berbau dan orang disekeliling macam tutup hidung sahaja. Bukan nak complain tetapi itulah hakikatnya, kesian juga tengok dia. Baunya macam hapak dan kepam, mungkin disebabkan seluarnya kot?. Ialah badan besar mudah berpeluh dan mungkin dia pakai seluar semalam, tu yang berbau tu agaknya. Sekarang di KL Station dan nak off dah coz jap lagi sampai KL Sentral. Ok sehingga berjumpa lagi di lain entry.
No comments:
Post a Comment