Wednesday, April 6, 2011

Yang Di-Pertua Negeri Sabah Anugerahkan SPDK Kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim


Tahniah YB Datuk Seri Dr. Rais Yatim atas anugerah darjah kebesaran SPDK Daripada Yang Di-Pertua Negeri Sabah - gambar dari Bernama.

07.04.2011, Khamis - Hari ini Yang Di-Pertuan Negeri Sabah Tuan Yang Terutama Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Yaakob telah menganugerahkan Darjah Kebesaran Tertinggi Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Majlis diadakan di Istana Negeri sempena Harijadi Rasmi Ke-64 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah bagi tahun 2010. TYT Datuk Seri Panglima Haji Juhar dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sabah pada 01.01.2011 selama empat tahun mengantikan Tun Ahmadshah.

Dalam majlis ini juga seramai 196 orang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kebesaran negeri Sabah. Turut hadir pada majlis ini adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said, Timbalan-tombalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Yahaya Hussin dan Datuk Dr. Yee Moh Chai sertak Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Sukarti Wakiman.

No comments: