Wednesday, April 6, 2011

Potret DiRaja

Potret Prince william dan Kate Middleton hasil kreativiti Juan Osborne


07.04.2011, Khamis - Macam-macam idea orang ramai untuk memperingati Perkahwinan Diraja diantara Prince William dan tunangnya Kate Middleton. Baru-baru ibi seorang pelukis amatur dari Spanyol, Juan Osborne yang berusia 40 tahun telah memaparkan kreativiti beliau dengan menghasilkan potret pasangan ini dengan menggunakan ratusan ribu perkataan pelbagai warna. Perkataan yang digunakan adalah William, Holiday, Kenya, Queen, Wales, Middleton, Royal, Catherine, Family dan Royal. Osborne mendapat ilham menghasilkan lukisan daripada perkataan selepas bekerja disebuah syarikat arkitek pada 2009 dan telah menghasilkan sebanyak 500 lukisan seumpamannya.


Potret KDYMM Sultan Kedah dan Almarhumah KDYMM Tuanku Bahiyah - gambar diambil daripada Album Diraja Kedah Darulaman


Yang itu diluar Negara, So Syah hendak kongsi juga perkara yang sama tetapi berlaku di Malaysia. Gambar diatas adalah potret Sultan Kedah, KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Isteri Pertama Baginda Mantan Tuanku Sultanah Kedah, Almarhumah KDYMM Tuanku Hajah Bahiyah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Karya seni ini ditauliahkan oleh Kerajaan Negeri sebagai hadiah sempena Perayaan Jubli Perak Pemerintahan KDYMM Sultan Kedah. Potret ini dibuat daripada Kain Dewangga yang ditempah dan digubah khas dari Shanghai, Cina.

No comments: