Saturday, April 2, 2011

Akhirnya Big Boss Syah Yang Kena

En Moin Dengan Penuh Perasaan Mengdeklamasi Sajak Ciptaan Beliau - Cinta Pada Yang Satu.


06.04.2011, Rabu - Akhirnya Big Boss Syah, En Moin yang kena giliran berucap hari ini dalam Morning Briefing atau dikenali sebagai Leadership Communication Program setelah cabutan bertuah dibuat. Hari ini dia mendeklamasikan sajak bertajuk Cinta Pada Yang Satu secara sepontan. Cayalah Boss ......... tak sangka jiwang juga boss nie kan? Hehehehe. Majlis didahului dengan bacaan doa oleh Abang Zul dan kemudiannya ucapan Dr Zainal dan seterusnya Dr. Zainal merasmikan pentas baru yang disiapkan oleh anggota-anggota terlibat serta memberikan ucapan tahniah atas usaha mereka. Crowd hari ini agar luarbiasa sedikit dan selepas itu diadakan jamuan yang disediakan secara potluck dengan menggunakan perbelanjaan sendiri anggota terlibat.

Dr. Zainal dalam ucapan penghargaannya memaklumkan jika pentas berkenaan ditempah harganya berjumlah RM8,000.00 tetapi dengan hasil kreativity anggota terlibat kosnya hanya RM800.00 sahaja. Tahniah kepada Fadhlullah Abd Rahman, Muhammad Nur Firdaus Fuad, Mohd Nashriq Nathiman, Muhammad Afiq Aizat Ghazali, Abdul Salam Musa, Mohd Rozaimi Arif Arshad, Nizar Zaini dan Muhammad Hafiz Abu Bakar. Mereka menggunakan masa selepas waktu kerja untuk menyediakan pentas berkenaan. Menurut My Boss, Dik Nor, En Moin memang suka menulis cerpen dan sajak.

No comments: