05.04.2011, Selasa - Cinta Pertama ? Tentu semua orang ada cinta pertama masing-masing dan kebanyakannya tidak dapat melupakan cinta pertama mereka kerana ada kenangan manis dalam hidup masing-masing. Tak semua cinta pertama itu berakhir ke gerbang perkahwinan tetapi kenangan indah bersama cinta pertama itu akan kekal abadi dalam hidup kita walaupun kita sudah ada orang baru sebagai pengganti. Tidak bermakna jika kita mengingati Cinta Pertama kita bermakna kita masih mengharapkan mereka dalam hidup kita. Itu adalah satu tanggapan yang salah. Walau bagaimanapun tidak semua orang akan menyimpan kenangan manis mengenai cinta pertama mereka. Gambar lama Kate dan Marx didalam taksi selepas berhibur di Bougis Niteclub pada 01.05.2008 - gambar diambil dari COPETTI - ROTELLO / MATRIXPHOTOS.
Tunang Prince William, Kate Middleton dikatakan telah menjemput kekasih pertamanya, Willem Marx untuk menghadiri Istiadat Perkahwinan mereka di Westminester Abbey pada 29.04.2011. Marx dikatakan lebih bertuah kerana mendapat jemputan berkenaan berbanding dengan Kekasih Pertama Prince William, Carly Massy-Birch yang dikatakan masih menunggu jemputan dari Pewaris Kedua Tahta Kerajaan Britain itu.
No comments:
Post a Comment