03.04.2011, Ahad -Sekarang jam 17:04hrs dan Syah rasa agak boring petang nie dan cuaca panas terik. Kucing putih yang biasa kat belakang rumah Syah tak nampak plak, tak tahu mana dia pergi kerana waktu-waktu macam nie selalu nampak dia tidur atas meja dapur Syah cuma ayam serama Azron jiran belakang rumah Syah tu kerap berkokok petang nie. Lunch tadi makan spagetthi yang Arip bagi malam tadi dan minum horlic o dan ice cream cornetto. Air kosong tu memang banyak Syah minum. Rasa macam sakit peru pula tapi tak mahu buang air besar.
Sebelum solat tadi ke tandas tapi tak mau buang air besar pula cuma bila buang air kecil Syah rasa sakit macam dulu tu disebellah kiri ari-ari dan testis Syah. Sekejap jer lepas tu sakitnya hilang. Semenjak minggu nie macam tu pula tapi taklah sakit yang berpanjangan sekali sekala sahaja. Siaran TV semuannya tak seronok nak tengok AFC Channel pun dia masak babi pulak. Masak tulang rusuk babi, kalau bukan babi macam best jer rupanya. Pengacara tu siap kata - Syah translatekan lah - Siapa kata hanya Ayam sahaja yang buat kita menjilat jari............ dia kata babi yang dia masak tu very crispy, juicy and sticky sambil mengunyah-nguyah benda tu dan jilat jari dia. Heheheheheh kalau dah boring tu ada jer yang tak kena kan? Nak buat apa yek petang nie .....................
No comments:
Post a Comment