Thursday, July 28, 2011

Tunku Jalil Akan Menghadiri Perlawanan Bolasepak Malaysia - Singapura Malam Ini di Stadium Bukit Jalil

Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim

28.07.2011, Khamis - Hari ini sana sini sibuk memperkatakan mengenai perlawanan pusingan kedua kelayakan piala dunia diantara Malaysia dan Singapura pada malam ini yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil jam 20:45hrs (08:45pm). Tiket sudah habis dijual menandakan betapa kuatnya semangat patriotik rakyat Malaysia dari pelbagai golongan menyokong padu kejayaan Pasukan Harimau Malaya pada malam ini. Begitu jugalah yang berlaku kepada anakanda DYMM Sultan Johor, Tunku Jalil yang memaklumkan dalam Facebooknya bahawa beliau akan berangkat ke Kuala Lumpur hari ini bagi menyaksikan perlawanan ini.

Kepada anda yang ingin ke Bukit Jalil, anda semua dinasihatkan supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan jalan raya manakala perkhidmatan LRT akan melanjutkan perkhidmatan mereka malam ini sempena perlawanan ini. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk terutamanya botol-botol air dan seumpamanya untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku, walau bagaimanapun makanan dan minuman ada dijual di dalam stadium. Bersama-samalah kita berikan sokongan moral kepada Pasukan Harimau Malaya pada malam ini.

Kibarkan Jalur Gemilang didalam Stadium Bukit Jalil malam ini bagi menyemarakkan lagi semangat pemain negara. Kepada yang tak sempat memperolehi tiket kerana sudah kehabisan saksikan perlawanan ini yang akan diadakan secara langsung di beberapa stesyen TV. Jika anda menggunakan Astro dan siaran tak jelas kerana hujan atau Astro kena potong sebab terlupa bayar boleh mendengar perlawanan ini melalui siaran radio terpilih. Kepada pasukan sorak Ultra Malaya gemakankan bunyi kompang kalian di Stadium Bukit Jalil sebagai tanda kemenangan Awal Harimau Malaya.

Syah berdoa agar Negara kita beroleh kemenangan pada malam ini dan mara keperingkat seterusnya hingga ke perlawanan akhir Piala Dunia. AMIN. Siapa kata impian tak boleh jadi kenyataan kerana sekarang nie bukan zaman Mat Jenin lagi ............ Ini Zaman Malaysia Boleh dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri yang amat kita kasihi iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

No comments: