07.07.2011, Khamis - Pagi nie Syah pergi kerja dengan Arip, ingatkan dia cuti, tetapi bila Syah tunggu bas tepi jalan ada plak dia, so together-gather lah gie kerja ngan dia. Masa dalam perjalanan Syah tanya pasal kek yang Syah tempah untuk majlis pertunangan tu dan dia macam tension dengan soalan Syah alasannya Syah tanya banyak kali benda yang sama. Ialah sebagai pembeli tentulah Syah tanya lebih-lebih untuk pastikan everything run smoothly as schedule sebab itukan majlis penting. Angin plak dia? Syah mahukan yang terbaik untuk majlis ini. Syah inform dia kenalah belajar menangani pelanggan yang cerewet macam Syah sebab dalam perniagaan customer tu penting, kerana jika mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan of course pelanggan akan promote perkhidmatan mereka kepada orang lain.
Tetapi katanya sekarang nie banyak pelanggan yang menipu peniaga, hemm cam tu plak. Hehehe Arip...Arip...., agaknya dia tension sebab banyak dapat job kot dan yang handle dia berdua jer ngan yang seorang lagi tue . Hehhehehe... Berada dalam bidang yang dia ceburi nie memang kena sabar dan tak cepat panik, relax la brother........ kena jadi proaktif dan responsif kepada pelanggan, itu penting dalam perniagaan. Pelanggan harus diutamakan. Jangan marah yer nanti kena jual. Anggap ini sebagai satu nasihat dari seorang abang kepada adiknya. Sayang...... korang.......... sebab tu Syah nasihatkan cam nie, hahahahah. Pagi nie Syah ada appointment fisioterapi dan bila Syah datang rupa-rupanya Eddy, fisio yang attend Syah 1st time treatment dulu bertugas hari nie. Lama tak jumpa dia coz ditransferkan ke KLIA. Inipun seminggu jer kat sini manakala Bun yang biasa attend Syah tu ke tempat lain sekejap. Eddy complain otot peha Syah sebelah kanan mengecil daripada yang kiri. Dia tanya samada Syah buat exercise yang mereka suruh dan Syah kata tak coz tak sempat. Macam biasa mula-mula mereka tuam lutut Syah, Buat ultra sound dan akhirnya Exercise. Part exercise tue yang letih nie............. penat dan lengoh kaki kita dibuatnya. Actually appointment Syah buat hari Selasa dan Khamis tetapi Selasa lepas Syah tak sempat nak datang kerana banyak sangat kerja dan semuanya nak urgent. Syah inform mereka untuk gantikan appointment semalam untuk esok.
Selepas buat fisio Syah terus ke Lobi Menara TM untuk sama-sama dengan anggota-anggota Human Capital yang lain nya untuk Majlis Perasmian GHCM Opening Day oleh YB Datuk Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia. GHCM Open Day akan diadakan selama dua hari bermula hari ini dengan pelbagai aktiviti mengenai Human Capital. Selepas majlis perasmian Syah sempat buat simple medical test yang diadakan oleh Sime Darby Medical Center Subang Jaya.
Blood presure 139/85 - border high blood dan kena hati-hati, Blood Glucose 5.1 mmol (sebelum makan) kira normal, BMI Syah 26.0 - high, Body Fat % 27.4% - very high, Versal Fat Level 12 - high manakala BMR Syah bagus iaitu >1,200 calories. Body Age Syah 50 tahun - Hehehehhe maknanya keadaan badan SYah seperti orang berumur 50tahun. Rasanya yang ini ada peningkatan kerana tak silap Syah dulu Body Age Syah 60 tahun keatas. Oklah sekarang sudah nak hampir jam 14:00hrs dan SYah nak sambung kerja semula. Jumpa lagi dilain Entry....... Byeeeeeeeee.........
No comments:
Post a Comment