Sunday, July 10, 2011

Comelnya Muntaqim

10.07.2011, Ahad - Siapakah gerangannya si comel Baby nie agaknya. Beliau adalah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim. Kalau dah Pengiran mestilah dari Bruneikan? Beliau nie adalah putera sulung dan pewaris tahta kerjaan Brunei Darussalam iaitu putera tunggal (buat masa ini) kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah. Gambar ini adalah gambar terbaru yang diambil pada 07.07.2011 lepas apabila Muntaqim dan bondanya menghadiri Persembahan dan Pamiran BRIDEX 2011. Keberangkatan Muntaqim dan bondanya di telah disambut oleh Timbalan Menteri Pertahanan Brunei, YM Dato' Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat.

Muntaqim diputerakan pada 17.03.2007 jam 15:50hrs di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan sekarang berusia 4 tahun. Sejam selepas kelahiran beliau sebanyak 19 das tembakan meriam kedengaran diruang udara Istana Nurul Iman sebagai salah satu istiadat tradisi Brunei sebagai simbolik tanda lahirkan salah seorang keluarga baru Sultan Brunei Darussalam. Kemudiannya pengumuman rasmi telah dibuat keseluruh negara berhubung kelahiran ini.

Entry Syah berhubung kelahiran ini

No comments: