20.07.2011, Rabu – Pagi ini KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berkenan mencemar duli melakukan kunjungan hormat terhadap Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak dan isteri Kim Yun-ok sempena lawatan rasmi dua hari baginda dan rombongan ke Korea Selatan. Majlis diadakan di Cheong Wa Dar atau Rumah Biru yang merupakan istana rasmi presiden. Turut serta bersama rombongan dari Malaysia ini adalah Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan Datuk Ramlan Ibrahim.
Tuanku Mizan seterusnya berkenan menandatangani Buku Tetamu sebelum mengadakan pertemuan dengan Lee Myung-bak bagi membincangkan soal mengenai hubungan dua hala antara Malaysia-Korea Selatan. Manakala Tuanku Nur Zahirah dan Kim Yun-ok mengadakan pertemuan berasingan di istana yang sama.
Selepas kunjungan hormat selesai baginda berdua dan rombongan berangkat pulang ke Hotel Lotte dan tengahari ini pula Tuanku Mizan akan menghadiri Majlis Santapan Tengahari dihotel yang sama dihoskan oleh FKI atau Federation Korea Industri. Selepas Majlis Santapan, Tuanku berdua serta rombongan akan dibawa melawat Samsung Citiy, Sejongro Jongrohu. Pada sebelah malam pula akan diadakan Majlis Santapan Negara di Istana Presiden sebelum Tuanku berdua dan rombongan berangkat ke London untuk lawatan tugas khas.
No comments:
Post a Comment