Tuesday, July 19, 2011

Hantaran Pertunangan Hafis Kepada Intan

19.07.2011, Selasa - Pada hari Ahad lepas bersamaan 17.07.2011 kami semua ke Sungai Jeluk untuk menguruskan Majlis Pertunangan anak Kak Long Janet iaitu Hafis dengan bakal surinya Intan. Sebenarnya urusan pertunangan ini berjalan sebelum majlis lagi kerana kami tak mengupah orang untuk menyediakan hantaran kerana kami buatnya sendiri. Dulang tembaga kepunyaan Kak Long Janet yang dibeli di Terengganu, Lapiknya pula Kak Long jahit sendiri manakala hiasan dulang hantaran dibuat oleh Rahimah isteri kepada cousin Syah Razak. Begitu juga dengan semua gubahan disediakan oleh Rahimah kecuali gubahan coklat Syah buat manakala gubahan untuk tepak Syah dan Rahimah sediakan. Dulu semasa Almarhum Ayahanda Saudara Syah, Almarhum Mon Al-Haj masih hidup semua gubahan hantaran perkahwinan anaknya dia yang buat sekali. Jika buat gubahan bunga ros dari duit memang dia pakar. Almarhum bertugas sebagai guru dan pensyarah tetapi minat benda-benda kreatif nie. Mungkin kami mewarisi bakat tu dari Almarhum agaknya. Warna tema kami adalah purple. Jom Syah bawa anda semua meninjau hasil kreativiti kami yang tak seberapa ini:-

Yang ini Syah buat iaitu gubahan Coklat Ferrero Rocher



Fondant Cake yang Syah tempah daripada Issyaz Wedding Enterprise. Biasalah fondant cake harga jangan tanyalah kan. Fondant cake nie kadangkala rasanya taklah sesedap kek krim tetapi bentuknya tu yang cantik dan berbagai rupa menyebabkannya menjadi mahal dan exclusive serta sukar untuk disediakan. Design yang Syah tempah nie kecil sahaja 6in x 9 ini dan harganya RM300.00. Syah hendak design ada riben dan bunga dan akhirnya dapatlah design nie combination riben dan bunga rose purple.



Tepak sireh yang Syah dan Rahimah buat on the spot kerana last minute tunggu sireh dari Kak Long Janet dan bunga duit berwarna merah kat belakang tu Syah buat malam sabtu hari tu untuk gantikan bunga duit yang Kak Long buat kerana besar sangat. Sekuntum melambangkan RM1,000 untuk hantaran so ada 10 kuntum.


Buah-buahan digubah oleh Rahimah manakala kuih yang bewarna kuning tu adalah kuih tradisional yang dipanggil Kuih Kacau. Kuih nie manis dan diperbuat daripada gula, telur dan labu serta bahan-bahan lain. Kuih nie memang susah nak buat dan banyak orang muda zaman sekarang tak tahu mengenai pemanis mulut nie. Iannya keras dan bila masuk dalam mulut jadi lembut. Memang sedap dan terkenal di Selangor dan Perak pada masa dahulu terutama pada hari raya kerana tak semua orang mampu dan boleh buat kuih nie. Kak Long Janet tempah daripada salah seorang saudara jauh kami yang telah berusia.



Sangkar burung nie digubah oleh Rahimah dan didalamnya diletakkan Gelang Tangan Hantaran dari Habib Jewel yang Kak Long Janet dan Hafiz beli di Habib Jewel Alamanda, Putrajaya.


Kain Sutera yang digubah oleh Rahimah. Pada mulanya Rahimah buat design lain tetapi suaminya Razak minta dia ubah semula dan buat bentuk buah-buahan nie.



Beg Tangan Bonia dan Kasut ini disediakan oleh Rahimah



Bunga Rampai - Disediakan oleh Rahimah dan bunga rampainya Kak Long Janet yang buat sendiri. Mula-mulanya Rahimah letakkan pot puri.



Set Wangian dan Penjagaan Diri. Beli set tu kat kedai jer dan Rahimah buatkan riben sebagai aksesori tambahan


No comments: