Tuesday, July 12, 2011

Raja Aziz Addruce Mangkat

Almarhum Raja Aziz Addruse

12.07.2011, Selasa - Al-Fatihah kepada Raja Aziz Addruse yang telah mangkat dalam usia 75 tahun tengahari tadi lebih kurang jam 13:20hrs akibat kanser. Almarhum merupakan seorang peguam tersohor dan pakar undang-undang yang dihormati serta pernah menerajui Majlis Peguam sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1976-1978, 1988-1989 dan 1992-1993. Almarhum juga pernah mewakili beberapa individu terkenal seperti kes liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, kes saman RHB terhadap pengasasnya Tan Sri Rashid Hussein dan mewakili bekas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra dalam petisyen ketiga yang difailkan baginda bagi mencabar keperlembagaan pemasyhuran anakanda sulungnya sebagai Sultan Kelantan yang baru.

Sebelum ini Allahyarham dikatakan mendapat rawatan kanser di Singapura dan dilaporkan beransur pulih. Walau bagaimnapun Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan di tangan Tuhan. Jenazah Almarhum yang merupakan anak jati Chemor, Perak kini ditempatkan di kediamannya di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara esok selepas Zohor. Solat jenazah akan diadakan di Masjid Bukit Damansara.

Alfatihah kepada Almarhum Raja Aziz Addruse

Bersama-samalah kita doakan agar roh Almarhum ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.

AMIN.

No comments: