Monday, July 11, 2011

Petang Sabtu dan Pagi Ahad Di KL Residence

Syah dalam bilik @ KL Residence sambil menunggu waktu Zohor sebelum balik ke Rawang. Tak ada apa nak buat ambil gambar sendiri lah jawapnya. Lepas solat baru "buat" rambut........ heheheheh


11.07.2011, Isnin - Sabtu lepas orang sibuk dengan BERSIH dan Syah pula boring sorang-sorang di Rawang Residence lalu buat keputusan redah jerlah ke KL, mula-mula terfikir-fikir nak pergi ke tidak. Syah keluar rumah tunggu bas lebih kurang jam 16:00hrs dan sampai jer KTM train sudah ada. Banyak kedai tutup. Lega sebab tak perlu tunggu lama dan orang pun tak berapa ramai tetapi sampai jer stesyen KL tetiba mak aiii ramainya mereka yang terlibat dengan perhimpunan tu masuk train dan jadi pax. Mereka tak ganggu orang lain tetapi kebanyakan mereka basah dan ada melaungkan takbir dan melaungkan ketidak puas hati mereka. Sampai KL Sentral ada diantara mereka yang keluar dan bila sampai diatas memang terdapat ramai kumpulan ini melepak dan berehat di KL Sentral dan mereka dengan hal masing-masing. Syah sampai KL Residence hampir jam 18:30hrs dan on the way balik tu Stesyen Dang Wangi dan KLCC ditutup.

Pagi Ahad pula Syah sempat update blog dan tengahari tu Muss outstation ke Temerloh. Mus keluar dulu sebelom Zohor kerana hendak ke rumah Nana ambil kereta untuk Cd pakai. Rasanya mereka pergi makan nasi ayam sebab terbaca dalam FB Cd kata dia makan Nasi Ayam. Kalau mereka invitepun Syah tak ikut coz berdiet. Selepas solat Syah keluar rumah dan singgah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk beli daun emas untuk buat gubahan hantaran coklat. Syah sampai Rawang Residence hampir jam 18:00hrs. Sampai rumah tak banyak benda yang Syah buat dan letih rasanya dan tak sempat hendak update blog hanya buka FB dan YM sahaja.

No comments: