Pelajar Sekolah Menengah Sayyidina Ali, menyembahkan sajak khas kepada Baginda Sultan sempena ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Sultan yang ke 65.
13.07.2011, Rabu - Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghadiri Majlis Penganugerahaan Anak-Anak Kunci Rumah Berkembar dan Rumah Teres kepada seramai 650 orang penerima dibawah skim Rancangan Perumahan Negara Kampung Panaga Daerah Beliat. Majlis penyerahan kunci semalam yang diadakan di bangunan Pusat Persidangan jalan McKeron adalah merupakan majlis terbesar pernah dilaksanakan semenjak skim berkenaan diperkenalkan. Majlis ini juga diadakan sempena sambutan ulangtahun keputeraan Baginda Sultan Beunei ke-65 tahun.
Keberangkatan tiba Baginda Sultan disambut oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri YB Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, Menteri Pembangunan YB Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi Haji Osman dan Pegawai Daerah Belait Awang Matusin OKS Haji Tuba. seramai 315 orang peserta yang menerima rumah berkembar dan 335 orang lagi penerima rumah teres, dan jumlah ini adalah sebahagian daripada seramai 1,334 orang yang telah ditawarkan dan menerima tawaran mendapatkan rumah jenis berkembar dan teres. Selepas majlis penyerhan kunci, Baginda Sultan kemudiannya turut berkenan berangkat melawat ke Sekolah Menengah Sayyidina Ali terletak di Jalan Singa Menteri Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan. kemudiannya Baginda Sultan dan rombongan melawat ke rumah contoh di alamat No 1 Simpang 32 Jalan Parakb serta melawat beberapa buah rumah penerima kunci. Kemudiannya Baginda menhgadiri majlis santapan tengahari di Dewan Santap Jalan maulana.
Tawaran skim pembinaan 2,000 unit rumah di atas tanah seluas kira-kira 180 hektar di Kampung Panaga Daerah Belait adalah atas inisiatif Baginda Sultan yang mahukan setiap rakyat mempunyai rumah sendiri. Projek Skim Perintis ini merupakan yang pertama terpantas dilakukan untuk memenuhi keperluan pemohon-pemohon yang terpaksa menunggu agak lama dimana sebelum ini hanya 400 buah rumah dibina dalam masa setahun.
No comments:
Post a Comment