Thursday, July 14, 2011

Raja Muda Perak Berkenan Menerima Zakat Perniagaan

MB Perak menyembahkan Zakat Perniagaan kepada Raja Muda Perak - Gambar dari Bernama

14.07.2011, Khamis - Hari ini Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan menerima zakat perniagaan daripada Lembaga Air Perak (LAP) berjumlah RM4,798,927 dan zakat tanaman dari Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak sebanyak RM2,347,205. Majlis penerimaan zakat ini diadakan di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh, Perak. Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir telah menyerahkan zakat berkenaan kepada DYTM Dr. Nazrin Shah. DYTM juga menghadiri Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu ke-176.

No comments: