Friday, July 1, 2011

Persatuan Kerabat Diraja Kedah Bantah Perhimpunan Haram

01.07.2011, Jumaat - Pengerusi Persatuan Kerabat Diraja Kedah, Dato' Tengku Zainol Rashid Tengku Yahaya memaklumkan kepada Bernama hari ini bahawa persatuan mendesak supaya pihak berkuasa mengenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap individu/pemimpin perhimpunan haram demi menjaga kestabilan dan keselamatan negara. Menurut beliau lagi, persatuan menyokong penuh tindakan Menteri Dalam Negeri yang membenarkan pihak polis mengambil tindakan mengikut undang-undang bagi memastikan tiada perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 09.07.2011 ini. Sebelum ini beliau telah membuat laporan Polis bagi membantah perhimpunan haram pada tarikh berkenaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

No comments: