Monday, July 18, 2011

Aksi Si Mamat

18.07.2011, Isnin - Inilah Bonda Saudara Syah, Bonda Ejon dan yang mendokong dia nie Mamat atau Hasif anak saudara Syah. Aksi nie dirakamkan oleh Kak Lang Ella semalam semasa majis pertunangan anak saudara Syah adik Mamat iaitu Hafis. Kami berkumpul di Apartment Razak di Kajang dan rumahnya ditingkat 3 atau 2 tak silap Syah sebelum bertolak ke rumah pihak Perempuan di Sungai Jeluk, Kajang. Bonda Ejon tak nak naik kerana tak larat naik tanggan atas faktor usia dan nak tunggu kat bawah sahaja. Lalu si Mamat ada idea nak bawa Bonda Ejon naik rumah anaknya dengan mendokong Bonda Ejon. Ada-ada jer dia orang nie tapi kalau tak buatmacam tu takkan nak tinggalkan Bonda Ejon sorang-sorang kan? Memang best semalam kumpul ramai-ramai dan masalah sedikit sana-sini tu biasalah, lumrah lah kan mana ada semua benda kita buat perfect, tapi overall everything berjalan seperti yang di rancangkan. Shukur Alhamdulillah.

No comments: