05.07.2011, Selasa - Pagi tadi perjalanan para penumpang di LRT Station Melati tergendala kerana masalah Entrance Gate. Sapai jer station, Syah nampak orang ramai beratur sampai berdouble line dan melingkar macam ular. Alahai LRT Taman Melati, napelah waktu-waktu puncak nie buat hal. Ada annauncement sesiapa yang pakai pass bulanan boleh masuk ikut pintu kecemasan. Walau bagaimanapun tak ramai yang guna kad tu yang ramai guna touch & go atau tiket biasa dan pengawal pula tak benarkan masuk emergency door dan kena guna entrence tu juga.
Penuh station dengan para penumpang hendak beratur kerana hanya satu gate untuk masuk dan satu untuk keluar sahaja boleh digunakan manakala yang lain tak berfungsi. Ada-ada jer kan? Itulah hakikatnya perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia. Harga tiket makin lama makin tinggi tapi perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan amat...amat...amat.... menyedihkan. Do somethinglah LRT Management, perkara seperti ini kerap berlaku dan kami mengharapkan perkhidmatan yang terbaik setimpal dengan kadar harga yang dicaj kepada kami.
No comments:
Post a Comment