Sunday, July 10, 2011

Orang Ramai Dinasihatkan Agar Menjauhkan Diri Dari Majlis Perkahwinan Zara Phillips

10.07.2011, Ahad - Polis menasihatkan orang ramai agar menjauhkan diri dari majlis perkahwinan cucu Queen Elizabeth, Zara Philips yang akan diadakan di Edinburgh pada 30 July 2011 ini. Pihak berkuasa mahukan orang ramai menghormati permintaan bakal pengantin yang mahukan lebih privasi untuk majlis mereka yang diadakan secara tertutup hanya untuk kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja. Diramalkan beratus-ratus orang awam akan datang untuk menyaksi perkahwinan Zara Philips dan bintang Ragbi Mike Tindall yang diadakan di The Kirk of Cannongate atau lebih dikenali sebagai Canongate Kirk yang terletak disebuah bandar tuan Scotland. Menurut pihak berkuasa jalan-jalan terpilih akan ditutup sepenuhnya untuk majlis ini dan tidak akan ada skrin telivision besar yang akan menyiarkan majlis ini malahan Kirk ini akan ditutup seminggu lebih awal sebagai persediaan untuk untuk majlis ini. Bahagian hadapan Kirk of Canongate - Gereja yang dibina pada 1688 dan siap sepenuhnya pada 1691 dimana Zara dan Mike akan disatukan.

Zara yang berusia 29tahun merupakan anak perempuan kepada Mark Phillips dan HRH Princess Anne, Princess Royal yang merupakan anak perempuan tunggal Queen Elizabeth II. Kedua-dua ibubapanya telah berpisah dan kini Princess Royal berkahwinan pula dengan Sir Timothy Laurence yang dikahwininya pada 1992 dalam tahun yang sama selepas bercerai dengan Mark. Zara tidak dianugerahkan sebarang gelaran Diraja dan ini bermakna perkahwinannya perlu diadakan secara peribadi dan tertutup berbanding perkahwinan Duke and Duchess of Cambridge pada 29.04.2011 lepas yang dilakukan secara terbuka.

Ada cerita mengatakan bahawa Queen Elizabeth II ingin memberi gelaran kepada Mark Phillips semasa istiadat perkahwinannya pada 14.11.1973 kerana Mark merupakan orang kebanyakan yang berkahwin dengan kerabat diraja tetapi telah ditolak oleh Mark yang menyebabkan anak-anak mereka tidak mempunyai gelaran. Mereka dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Peter dan Zara. Sesuatu yang agak pelik kerana cucu-cucu baginda Queen tidak mempunyai gelaran tetapi dalam sejarah Diraja Britain terdapat juga anak-anak puteri diraja yang tidak mempunyai gelaran seperti anak-anak kepada sepupu Queen Elizabeth sendiri iaitu Princess Alexandra of Kent.

No comments: