Friday, July 22, 2011

Tengku Razaleigh Hamzah lancarkan AMANAH

Tengku Razaleigh menerima permohonan ahli AMANAH daripada wakil negeri Perak, Dyana Sofya Mohd Daud di majlis pelancaran AMANAH hari ini.

22.07.2011, Jumaat - Hari ini Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan Ahli Parlimen Gua Musang dan Datuk Saudara kepada Al-Sultan Kelantan, DYMM Sultan Muhammad ke-V telah melancarkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Angkatan Amanah Merdeka atau singkatannya AMANAH. AMANAH ditubuhkan dengan misi untuk menangani rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau individu sehingga menimbulkan huru-hara dan pembaziran melibatkan perbelanjaan kerajaan. Majlis pelancaran diadakan di Memorial Tunku Abdul Rahman, Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur ini turut dihadiri oleh bekas menteri penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim.

AMANAH diterajui oleh Tengku Razaleigh Hamzah selaku Presiden, manakala anggota utama jawatankuasa sementara AMANAH terdiri daripada Enam Timbalan Presiden iaitu Tan Sri Abdul Kadir, bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Datuk Seri Bujang Ulis dan Datuk Seri Daniel Tajem. Manakala tujuh Naib Presiden terdiri daripada Datuk Mohd Azmi Razak, Tan Sri Simon Sipuan, Ragunath Kesavan, Mohd Lukhman Ghani, Ong Hock Siew, Dr. Patau Rubis dan Wan Saiful Wan Jan.

Menurut Tengku Razaleigh, permohonan pendaftaran AMANAH sudah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan. Keahlian biasa dikenakan yuran sebanyak RM10.00 untuk tempoh setahun dan RM100.00 untuk seumur hidup. Kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas anda adalah layak untuk mendaftar sebagai ahli AMANAH.

No comments: