16.07.2011, Sabtu - Semalam Kak Long Janet inform Syah dia akan datang ke Rawang Residence pada sebelah malam kerana hendak bawa Syah ke rumah Razak di Kajang untuk uruskan barang-barang pertunangan kerana iannya akan diletakkan di rumah Razak. Majlis akan diadakan pada hari Ahad di Sungai Jeluk, Kajang. Syah inform Kak Long kena pergi lewat sedikit kerana kek sampai lewat. Masa Syah on the way ke Rawang Residence Kak Long tanya Syah kat mana dan Syah jawab dah nak sampai dan dia kata akan datang sekejap lagi. Malam tadi Kek Pertunangan yang Syah tempah dengan Issyaz Wedding Enterprise siap. Ikut jadual mereka akan hantar kek tu ke rumah tetapi apabila Kak Long sampai salah seorang daripada mereka call inform Syah kena ambil sendiri kek tu dirumah mereka. Pelik pula janji nak hanttar tetapi mungin mereka ada perkara yang hendak diuruskan kot? Lagipun rumah mereka dan Syah beza tujuh buah rumah sahaja.
So ............. terus Syah inform Kak Long pergi rumah mereka untuk ambil kek tu. Syah dan Kak Long ambil kek tu dan mereka inform supaya berhati-hati jika terkoyak iannya cepat rosak dan akan pecah dan itu bukan responsibility mereka. Heheheh itu Syah fahamlah. Sembang sekejap dengan mereka dan kami bergerak balik ke rumah Syah dan hari hujan renyai-renyai dan mereka pinjamkan kami payung. Kek nie pula Syah kena ubahsuai sedikit kerana kek tu nampak rendah kerana dulang tu tinggi dan Syah terpaksa letak span untuk tinggikannya. Itu Rahimah isteri Razak akan uruskan. Setelah semua siap, Syah dan Kak Long serta Hafis bertolak kerumah Razak. Mak aiiiiiiiii........... jauhnya perjalanan rasanya dan Syah terpaksa pegang kek tu supaya perkara tak diingini berlaku.
Sampai rumah Razak hanya ada Rahimah dan anaknya Ajim kerana Razak bertugas malam tu. Kami sempat melihat gubahan yang telah disiapkan oleh Rahimah dan bincang beberapa perubahan kecil. Kak Long nak belanja Syah makan dan Syah kata on diet. Syah sampai Rawang Residence hampir jam 01:45hrs dan Kak Long pula sampai jam 02:26hrs di Ijok. Itulah Fondant Cake pertunangan yang Syah tak sabar nak tengok tu, Semua kata cantik dan pendapat peribadi Syah kalau dari 10 Syah hanya bagi 7.5 kerana ada benda yang Syah harapkan tak ada pada kek tu sebab Syah nie cerewet sangat pasal benda-benda macam nie. Syah tak salahkan siapa-siapa kerana mungkin Syah tak berikan detail design yang Syah hendak kerana masa buat benda niepun iannya secara tergesa-gesa kerana sudah kesuntukan masa. So tak marah kat sesiapapun kerana salah kita dan kita tak seharusnya terlalu mengikut perasaan tanpa menggunakan akal yang diberi.
By the way thanks to Issyaz Wedding Enterprise kerana uruskan Kek Pertunangan ini. Terima kasih kepada Kak Long dan Hafis kerana mereka tolong Syah hantarkan Gubahan Coklat dan Kek nie ke rumah Razak. Thanx kepada Muss kerana kata nak tolong hantar hari Sabtu barang-barang nie, tetapi its ok kerana Kak Long dah beri bantuan.
No comments:
Post a Comment