Wednesday, July 13, 2011

Still Demam dan Tak Sihat

13.07.2011, Rabu - Hari ini Syah tak kerja kerana masih tak sihat dan demam lagi. Kepala Syah sakit sedikit sahaja manakala dada syah akan sakit bila Syah batuk. Ubat semuanya dah makan. Suara jer seolah-olah penyanyi rock kapak 1970an dan macam tak selera nak ambil makanan. Walaupun tak sihat Syah sempat kemas rumah sedikit dan maop lantai yangdah lama tak bermop tu. Lepas tu Syah siapkan gubahan hantaran coklat untuk Majlis Pertunangan Ahad nie. Kena buat juga sebab masa dah singkat. Tak mandipun lagi nie.

hampir jam 09:30hrs pagi tadi, Syah makan supplement untu lutut dan kemudiannya jamah sebiji green apple sebelum ambil ubat demam dan sakit tekak Syah. So macam nielah sorang-sorang kat rumah tapi its ok sebab dah biasa bersendirian. Syah nie ramai-ramai pun ok dan sorang-sorang pun ok coz dapat sesuaikan diri dalam pelbagai keadaan. Tak ada apa yang hendak ditakutkan cuma rasa sunyi tu adalah tapi sedikit sahaja lagipun kalau kita mati nantipun seorang-seorang juga dalam kurur tu kan? Heheheheh .............. Sorrylah buat lawwak bodoh lak Syah nie sebab demam kot. Tadi masa kat singki tekak Syah berkahak pula, semalam tak ada.Ok lah Syah nak baring dan rehat sekejap. Sehingga berjumpa lagi dilain entry.

No comments: