Sunday, July 3, 2011

Istiadat Perkahwinan Keagamaan HSH Prince and HSH Princess Of Monaco

03.07.2011, Ahad - Istiadat Perkahwinan Keagamaan His Serene Highness The Sovereign Prince of Monaco, Prince Albert II dan Her Serene Highness Princess Charlene of Monaco berjalan dengan lancar semalam 02.06.2011. Pada hari Jumaat lepas bersamaan 01.07.2011 diadakan Upacara Perkahwinan Secara Civil di Bilik Tahta Istana Diraja Monaco. Istiadat perkahwinan ini diadakan di Prince's Palace of Monaco yang merupakan kediaman rasmi Prince of Monaco. Keturunan Prince Albert dari House of Girmaldi telah memerintah Monaco semenjak 1297 lagi Pengantin Perempuan mengayakan gaun pengantin daripada duchess satin dengan dihiasan beribu-ribu taburan kristal kecil ciptaan Giorgio Armani manakala mempelai lelaki tampil dengan pakaian rasmi Monaco's Carabinieri royal guard. Adinda Prince Albert, Princess Caroline dan Princess Stephanie, kedua-duanya berpakain pink kelihatan terseyum gembira sepanjang Istiadat Perkahwinan berlangsung yang turut dihadiri oleh King of Belgium, Princess Madeline of Sweden, Felipe & Letizia of Spain, Presiden Perancis Nicolas Sarkozy, Pereka Chanel Karl Lagerfeld, Armani and penyanyi opera Renee Fleming.
Istiadat Perkahwinan ini disaksikan oleh Kerabat-Kerabat DiRaja Eropah dan golongan Elite antarabangsa. Prince Albert sempat menjeling manja pasangannya sambil duduk diatas kerusi baldu bewarna merah sambil mendengar dendangan suara merdu penyanyi Afrika Selatan sebelum istiadat bermula. Istiadat disempurnakan oleh His Excellency Monsignor Bernard Barsi, Archbishop of Monaco, Head Chaplain of the Prince’s Palace.
DIanggarkan seramai 3,500 orang turut hadir menyaksikan istiadat ini secara langsung diluar Istana melalui skrin besar yang disediakan. Selepas Istiadat ini HRS Prince and Princess of Monaco berangkat ke Sainte Dévote's Church menaiki sebuah kereta terbuka untuk meletakkan bunga tangan perkahwinan baginda sepertimana yang pernah dilakukan oleh Mendiang Bonda Mertua baginda artis terkenal dunia dari Hollywood HSH Princess Grace, Princess of Monaco @ Grace Kelly. Princess Charlene kelihatan menitiskan airmata ketika keluar dari gereja berkenaan. Majlis santapan malam sempena perkawinan diraja ini disediakan oleh Chef terkenal dunia Alain Ducasse manakala royal ball akan diadakan di Monte Carlo opera diikuti persembahan bungapi.


No comments: