Thursday, July 21, 2011

Raja Azmi Bagaikan Sudah Jatuh DiTimpa Tangga

Raja Azmi dan Roslin kelihatan sedih di pejabat JAWI semalam apabila keputusan berhubung kes khalwat mereka ditangguhkan sekali lagi ke tarikh 22.08.2011 - Gambar dari Harian Metro

21.07.2011, Khamis - Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib yang menimpa penerbit filem kontrovesi dan isteri kepada bekas pemain badminton negara Jailani Sidek, Raja Azmi Raja Sulaiman apabila keputusan kes khalwat diantara beliau dan pemain badminton negara Muhammad Roslin Hashim ditangguhkan lagi. Pada 14.07.2011 lepas Raja Azmi telah ditangkap dihadapan rumahnya di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang kerana beliau gagal menghadirkan diri walaupun waran tangkap telah dikeluarkan untuk kes perbicaraan saman sivil di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam kenyataanya semalam beliau berasa amat terkilan kerana keputusan berkenaan terpaksa ditangguhkan lagi dan berasa seperti ada yang tidak kena dengan siasatan kes ini. Menuru beliau lagi, jika beliau benar-benar didapati bersalah segerakan keputusan tersebut kerana beliau tidak sanggup lagi dimalukan dan difitnah lebih lama lagi dan merayu agar pihak Jabata Agama Islam Wilayah Persekutuan atau JAWI membuat keputusan bagi kes beliau.

Pihak JAWI memaklumkan kes itu ditunda pada 22 Ogos 2011 kerana pegawai wanita yang mengendalikan kes itu menghadiri satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra. Menurut Raja Azmi lagi, alasan yang diberikan adalah mereka mahu menyiasat lagi untuk mengelakkan orang yang teranaya menjadi mangsa.

Pada 07.08.2010 bekas isteri Roslin, Norhayati Othman dan ahli keluarganya menyerbu bilik 533 Hotel Corus Jalan Ampang dan menemui Roslin dan Raja Azmi berdua-duaan dalam bilik. Pada 19.04.2011 Raja Azmi berhasrat menyaman Norhayati yang didakwa telah membuat dakwaan khalwat keatasnya sehingga menjatuhkan maruah diri dan keluarganya tahun lalu. 19.05.2011 kedua-dua mereka berasa kecewa kerana sesi soal siasat berhubung dakwaan terhadap mereka ditangguhkan. 19.06.2011 keputusan kes khalwat ditangguhkan lagi. 15.07.2011 Raja Azmi ditangkap kerana gagal hadir kemahkamah sebagai saksi dalam satu kes saman sivil. 20.07.2011 kes khalwat ditangguh lagi sehingga 22.08.2011.

No comments: