Thursday, July 14, 2011

Pengurniaan dan Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Peringkat Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang

Kiri - Tuanku Mizan di Istana Negara manakala di sebelah kanan TYT Pulau Pinang di Dewan Seri Pinang - Gambar dari Bernama

14.07.2011, Khamis - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Persekutuan di Istana Negara. Manakala di Pulau Pinang pula, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas juga menghadiri Majlis Penganugerahaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat sempena ulangtahun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ke-73 bertempat di Dewan Seri Pinang, Jalan Padang Kota, Pulau Pinang.

Tahniah Syah ucapkan kepada penerima-penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat samada diperingkat Persekutuan atau Negeri Pulau Pinang pada hari ini.

No comments: