Saturday, July 2, 2011

Perkahwinan Prince Albert of Monaco dan Princess Charlene of Monaco

Bilik Tahta Istana DiRaja Monaco dimana Prince Albert dan Princess Charlene of Monaco satukan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis upacara Perkahwinan Civil.

02.07.2011, Sabtu - Dengan Lafas "I Do " daripada Charlene Wittstock didalam upacara Perkahwinan Civil diantara beliau dan Prince Albert of Monaco yang diadakan di Bilik Tahta Istana Diraja Monaco semalam bermula jam 17:00hrs, telah menjadikan perenang olimpik Afrika Selatan itu menjadi isteri yang sah kepada His Serene Highness The Sovereign Prince of Monaco, Prince Albert II atau lebih dikenali dengan panggilan Prince Albert. Dengan perkahwinan ini Charlene dengan rasminya dikenali dengan panggilan Her Serene Highness Princess Charlene of Monaco. Prince Albert berusia 53 tahun dan masih bujang bertunang dengan Charlene yang berusia 33 tahun pada 23.06.2010.

Perkenalan diantara keduanya sudah lama dan dilihat bertambah intim dan kelihatan bersama semenjak 10.02.2006. Selepas majlis perkahwinan secara civil semalam, akan diadakan Istiadat Upacara Perkahwinan secara Keagamaan pula pada hari ini di Gereja Katholik. Pada majlis semalam, Princess Charlene tampil bergaya dengan Jaket dan skirt labuh bewarna biru langit manakala Prince Albert dengan bangganya tampil dengan Suit bewarna gelap yang dipadankan dengan tie bewarna kelabu.

Princess Charlene dikatakan cuba melarikan diri keluar dari Monaco pada minggu lepas untuk kembali ke Afrika Selatan apabila timbul isu mengenai kewujudan anak tidak sah taraf ketiga Prince Albert. Sebelum ini Prince Albert mempunyai dua orang anak tidak sah taraf hasil hubungan luar nikah Prince Albert dengan wanita lain. Semasa upacara perkahwinan civil yang dijalankan selama 40 minit itu, anak-anak tidak sah taraf baginda iaitu Alexandre (6 tahun - berkulit hitam) dan Jazmin (19 tahun) serta ibu-ibu mereka tidak kelihatan dimajlis berkenaan.

Seal With The Kiss - 1st Public Kissing Pasangan DiRaja di Beranda Istana DiRaja Monaco yang disaksikan oleh ribuaan raakyat jelata selepas upacara perkahwinan secara civil semalam.

Kos keseluruhan perkahwinan Diraja ini menelan belanja sebanyak £55million termasuklan kos untuk bayaran konsert The Eagles. Konsert ini bagi mengimbau kembali kenangan manis perkahwinan mendiang ayahanda dan bonda baginda iaitu, Prince Rainer dan Bintang Hollywood Grace Kelly pada 1956. Majlis perkahwinan kedua pasangan ini dihadiri oleh Presiden Perancis Nicolas Sarkozy, bintang filem James Bond Roger Moore, Supermodel Naomi Campbell, pereka fesyen terkenal dunia Karl Lagerfeld dan Giorgio Armani serta beberapa kenamaan lainnya.

Walau bagaimanapun Duke and Duchess of Cambridge terpaksa menolak jemputan perkahwinan yang diadakan di Monte Carlo ini atas sebab-sebab perkhidmatan dimana Prince William dan Kate akan mengadakan lawatan rasmi negara ke Kanada. Prince Albert dan Princess Charlene (sewaktu itu tunang Prince Albert) menghadiri perkahwinan Prince William dan Kate yang diadakan di Wesminister Abbey, London pada 29 April lepas.

Selamat Pengantin Baru Syah ucapkan kepada Prince Albert and Princess Charlene of Monaco, semuga ikatan ini kekal hingga keakhir hayat.

No comments: