Friday, July 15, 2011

Macam-Macam Hal Petang Semalam - Plan Balik Tak Jadi Ropanya Ye.....

Stesyen LRT Seri Rampai - Cantik pemandangannya kerana al-maklumlah stesyen baru siap


15.07.2011, Jumaat - Masa nak buat Entry nie Azan Subuh kat Surau Rawang Residence Syah sedang berkemundang diudara. Syah solat dulu yek nanti sambung storey nie ..................

Ok berbalik pada cerita semalam tu gini, heheheh........... Macam biasa Syah tunggu Arip di Stesyen LRT Pasar Seni. Syah tengok jam dah hampir 18:15hrs tapi dia tak muncul lagi. Lepas tu dia call Syah inform Syah tunggu kat Stesyen Seri Rampai kerana Azrin nak fetch dia disitu. Heran juga Syah kerana Azrin inform dia ada meeting dua hari kat office dan boleh balik cepat pula. Tak kisahlah dan dari LRT CM Syah naik semula LRT dan turun di Seri Rampai.

Syah sebenarnya tak pernah turun stesyen nie, lalu Syah ambil gambar stesyen nie jap kerana itu hobby Syah ambil gambar dan kemudiannya ke toilet jap. Lepas tu Arip call dan rupa-rupannya dia dah ada kat luar stesyen. Syah terus jumpa dia ditempat menunggu dan kebetulan kamera kat tangan dan Syah snap gambar dia. Tiba-tiba dia marah sebab Syah ambil gambar dia. Adalah perkataan yang dia keluarkan menyakitkan hati Syah tapi tak boleh nak recall bebelannya dan rasa malu pula sebab ramai orang kat situ. Siap kata Syah tak ada hak ambil gambar orang dan nak buang kamera Syah kalau ambil gambar dia lagi. Tak tahu napa tiba-tiba moody.

Masa menunggu dia cakap dengan Syah mungkin jalan jem agaknya kalau Azrin nak kesini. Syah tanya mengapa Azrin suruh tunggu kat sini dia jawap tapi Syah tak dengar dan Syah tanya apa? Dia kata malas nak cakap lagi dan buat muka kat Syah. Tiba-tiba dia call Azrin dan inform kalau Azrin nak sampai lagi 15 minit dia minta call kami kerana kami akan jalan kaki ke jalan utama. Tiba-tiba Syah terdengar macam ada yang tak kena masa dia bercakap. Syah rasa mungkin Azrin ada plan nak pergi tempat lain dengan Arip.

Syah tanya Arip ko orang nak pergi tempat lain yer. Rupanya Azrin tak tahu yang Syah ada sama tunggu dia. Lepas tu Syah cakap dengan Azrin, Azrin inform sebenarnya dia nak pergi karaoke di Wangsa Maju dengan Che Wan. Hari tu tempat tu blackout dan mereka ganti masa tu dan semalam due datenya. Rupa-rupanya Azrin tak tahu yang Arip ajak Syah balik sekali. Alamak....................... hahahahahha.

Arip nampak macam rasa bersalah plak dan Syah kata tak apa Syah balik sendiri naik Komuter. Arip cadangkan Syah ikut mereka ke Selayang kerana mereka akan ke Selayang dulu hantar baju tak silap Syah baru balik semula ke karaoke ke Wangsa Maju. Masa Syah dah masuk stesyen, Arip panggil Syah coz Azrin nak cakap kat phone dia, Azrin cadangkan Syah tunggu di KL Residence dan dia akan fetch Syah selepas habis karaoke. Last decision Syah cakap dengan Arip Syah balik naik Komuter jer.

Syah sebenarnya masih demam lagi dan kalau naik bas kat Selayang sure berdiri punya dan jalan jem, tak larat rasanya compare to berdiri dalam Komuter. Ada ubat Syah yang Syah letak di Rawang tu malas nak balik KL Residence tu sebab memang tak plan nak balik KL. Masa Syah bertolak dari Seri Rampai hampir jam 19:00hrs dan sampai KL Sentral Syah beli buah dan tunggu train ke Rawang. Dalam train mula-mulanya Syah berdiri dan kemudiannya dapat duduk. Sebelum tu awal lagi ada tempat kosong tetapi Syah suruh seorang wanita yang banyak bawa barang dan pangku anaknya duduk seat tu untuk anak perempuan kecilnya.

Sampai Rawang KTM jam 20:45 hrs dan bas tak ada lalu Syah naik kereta sapu jer. Macam biasa caj RM10.00 dan sempatlah pak Cik tu bercerita pasal politik dan rasanya dia orang PKR kot sebab bagus jer dia puji kerajaan negeri kerana bagi banyak duit sumbangan kat rakyat ........... Heheheheh. Sampai rumah rehat, solat dan makan ubat lalu Syah tertidur depan TV dan jam 05:30 hrs tadi baru terbangun. Lenanya tidur coz makan uabt selsema yang buat kita mengantuk tapi disebabkan tertidur Syah lupa makan ubat batuk.

Bangun jer tadi ada SMS dari Arip melalui phone Azrin malam semalam inform kalau nak ikut Azrin pergi kerja pagi nie mereka gerak jam 06:30hrs kerana Azrin ada meeting kat HQ. Syah jawap SMS tu dan inform sorry tak jawab malam tadi kerana tertidur dan kata Syah pergi kerja sendiri dan keluar lewat sedikit. Itulah kisah semalam dan Syah tak terasa hatipun atas apa yang berlaku walaupun kena balik semula dari Stesyen LRT CM ke Seri Rampai ke KL Sentral dan naik komuter ke Rawang dan naik teksi kerana bas dah tak ada ke Rawang Residence tetapi pasal ambil gambar tu memang Syah terasa apa yang Arip cakap. Apa-apapun itu tak melemahkan semangat dan hobi Syah mengambil gambar, Sekelumit pun tak. Jangan marah yer.............. dan maaf jika ada sebarang kesulitan dipihak Arip.

No comments: