Wednesday, July 27, 2011

Sultan Muhammad Ke-V Akan Dimasyhur Sebagai Canselor Baru UMK

27.07.2011, Rabu - Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Dato' Dr Zainai Mohamed memaklumkan kepada Bernama hari ini bahawa Al-Sultan Kelantan , KDYMM Sultan Muhammad Ke-V akan dimasyhurkan Canselor UMK yang baru bagi menggantikan DYMM Sultan Ismail Petra yang dalam keadaan gering sekarang ini. Perlantikan ini menurut beliau adalah dibuat mengikut Akta Univesiti dan Kolej Universiti 1971 dan telah diperkenankan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Watihqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Permasyhuran akan dilakukan di kampus induk UMK di Bachok pada 19.09.2011 sempena Majlis Konvokesyen sulung UMK. Seramai 266 graduan daripada Fakulti Keusahawan dan Perniagaan, Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan akan menerima ijazah sarjana muda masing-masing. Pada sesi pengambilan baru tahun ini, UMK telah menerima sebanyak 6,000 permohonan, walau bagaimanapun hanya 1,000 orang sahaja yang mampu diterima ole UMK.

Kampus Induk UMK Bacok merupakan kampus baru bagi menggantikan kampus sementara di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa dan akan mula beroperasi sepenuhnya pada September 2011. Universiti yang berkonsepkan keusahawanan ini telah beroperasi empat tahun lepas dengan perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan sebanyak RM420 juta bagi membiayai kos fizikal, termasuk pembinaan kampus utamanya di Bachok, kampus cawangan di Jeli dan kampus sementara di Pengkalan Chepa.

No comments: