Saturday, July 9, 2011

Raja Nur Ema Bekas DYAM Raja Puan Muda Perak (1963-1978)

Ku Puan dan Sebahagian daripada anak dan cucu-cucu Ku Puan

09.07.2011, Sabtu - Tahukan anda siapakah gerangannya wanita berumur yang bertudung dan berbaju biru itu? Mungkin ramai diantara kita yang tidak mengnali beliau. Beliau adalah bekas Raja Puan Muda Perak yang suatu ketika dahulu menggunakan gelaran DYAM Raja Puan Muda Nur Ema binti Raja Muhammad Zulkifli isteri kepada Almarhum DYAM Raja Ekram ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah Ghafarullahu-lah yang merupakan bekas Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan (1963 - 1978). Syah dapat gambar ini dari anakanda saudara beliau Sam.

Raja Nur Ema atau lebih mesra dengan panggilan Kak Puan atau Wan dikalangan kerabatnya atau Ku Puan dikalangan orang ramai. Menurut Sam, dalam keluarga mereka Ku Puan disifatkah sebagai "The Mother, Leader of The Family". Ku Puan merupakan seorang yang low profile dan menghabiskan waktu lapangnya dalam usia 60an dengan berkebun terutamanya menanam bunga dan suka menyiram bunga tu. Selain daripada itu Ku Puan juga suka membela kucing. Buat masa ini terdapat lebih kurang 10 ekor kucing yang dibela dirumahnya di Taman Lapangan Terbang, Ipoh, Perak. Uniknya, rumah Ku Puan juga menjadi tumpuan saudara mara kerana sikap keibuan Ku Puan yang memang suka mengumpulkan ahli keluarganya berkumpul beramai-ramai malahan kawan-kawan anak-anak Ku Puan juga dianggap seperti anaknya sendiri.
Menjadi Raja Sehari di Istana Iskandarih, Kuala Kangsar, Perak

Perhubungan Ku Puan dengan adik iparnya iaitu Paduka Seri Sultan Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah masih rapat cuma Ku Puan jarang ke Istana kecuali pada majlis-majlis tertentu sahaja kerana faktor usiannya. Ku Puan berkahwin dengan DYAM Almarhum Raja Ekram semasa Ku Puan berusia 17 tahun manakala Almarhun dalam usia 40an pada 10 Mei 1963. Istiadat dijalankan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar dengan penuh adat istiadat Diraja Perak. Ku Puan merupakan cucu saudara kepada Raja Perempuan Kelsom iaitu permaisuri Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah (Marhum Kadasallah), Sultan Perak ke-30.

Hasil daripada perkahwinan ini, Ku Puan dikurniakan dengan enam orang cahayamata, dua lelaki dan empat perempuan. Ku Puan merupakan satu-satunya isteri kepada Almarhum Raja Ekram. Almarhum dilantik menjadi Raja DiHilir Perak pada 01.02.1963. Perkahwinan ini sebenarnya telah diaturkan oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil-Allallahi Shah II (Marhum Affifullah), Sultan Perak ke-33. Almarhum Raja Ekram mangkat pada 09.06.1978. Sekarang nie tahap kesihatan Ku Puan dalam keadaan yang memuaskan. Syah mendoakan agar Ku Puan diPanjangkan Umur dan Dimurahkan Rezeki dan bahagia bersama keluarga tersayang. AMIN.Jawatan Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan sekarang disandang oleh DYAM Raja Jaafar bin Raja Muda Musa, D.K., S.P.C.M., J.S.M yang dilantik pada 16.02.1998 manakala pasangannya adalah
DYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani bt. Raja Shahar Shah, D.K.A., S.P.C.M., P.C.M.

No comments: