Wednesday, July 20, 2011

King Juan Carlos Menerima Mengadap Mahmoud Abbas

King Juan Carlos dan Mahmoud Abbas di Istana Zarzuela, Madrid.

20.07.2011, Rabu - Semalam Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah mengadakan lawatan selama dua hari ke Spanyol sebagai sebahagian usaha bagi meraih sokongan di Bangsa-bangsa bersatu bagi mengwujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. Sebelum ini beliau berada di Norway dalam misi yang sama. Mahmoud telah mengadakan kunjungan hormat kepada Raja Spanyol, King Juan Carlos di Istana Zarzuela, Madrid. Beliau juga mengadakan perjumpaan dengan Menteri Luar Spanyol, Trinidad Jumenez.

Hari ini Mahmud Abbas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Spanyol, Jose Luis Rodriguez Zapatero di Madrid sebelum menuju Barcelona dimana beliau akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin baru Union for the Mediterranean, Morocco's Youssef Amrani. Selepas perbincangan, Mahmud Abbas bertolak menuju Turki.

No comments: