Monday, July 4, 2011

Datuk S. Ambiga Akan Mengadap Tuanku Mizan

04.07.2011, Isnin - Bernam hari ini melapurkan Datuk S. Ambiga dalam kenyataannya memaklumkan :-

"Pihak kami memohon mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan isu-isu yang diambil berat oleh rakyat jelata serta aspirasi bagi reformasi pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi untuk dilaksanakan dengan segera selaras dengan kehendak baginda untuk rekonsiliasi (keamanan) nasional.

Surat rasmi telah dihantar kepada Tuanku Mizan melalui pejabat Istana Negara pada hari ini. Katanya :-

"Kami akan patuh kepada titah baginda untuk berdialog ke arah mewujudkan datu konsensus nasional bagi reformasi sistem pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi di Malaysia"

Datuk S.Ambiga memaklumkan bahawa keputusan ini telah diputuskan oleh anggota jawatankuasa induk perhimpunan berkenaan pada mesyuarat malam tadi selepas Tuanku Mizan mengeluarkan titah bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan, walaupun niat asanya baik. Beliau juga telah berjumpa dengan Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badwi pagi tadi dan "Pak Lah" menasihatkan agar beliau patuh kepada titah Tuanku Mizan.

No comments: