Sunday, July 17, 2011

Buat Bunga Duit dan Aktiviti Petang Sabtu

17.07.2011, Ahad - Sekarang jam 01:25hrs dan Syah baru selesai buat bunga duit seperti gambar diatas. 1st time buat hentam sahaja ler labu dan jadi plak tu dan nampak ok lah. letih buatnya since jam 22:00hrs tadi tak silap Syah. Syah buat duit bungan nie untuk mengambarkan RM10.00 untuk hantaran RM1,000.00 means sepuluh kuntum hantarannya RM10K. Esok nak tunjuk pada Kak Long Janet samada dia hendak guna bunga nie atau bunga yang dia sudah buat. Yang dia buat tu besar sangat dan macam tak sesuai. Syah dah inform dia petang tadi dan Syah minta dia tengok dulu sebelum majlis bertunang jam 11:00hrs nanti. Esok pagi approx jam 08:00hrs kami akan bertolak dari KL Residence dan ada banyak benda untuk final touch-up barang-barang hantaran. Cd pula boss dia ajak buat lawatan ke stor-stor 7E dibawah seliaannya dan jam 07:00hrs nanti balik katannya. Menurut Muss tadi Cd pun nak hadir sekali ke Majlis tu. Syah beli barang-barang untuk buat bunga nie Sayang You, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Petang tadi Syah bertolak dari Rawang Residence jam 15:00hrs dan sebelum keluar Arip SMS melalui Azrin phone nak sewa kereta Syah untuk angkut pelamin mereka pada 30.07.2011 nie ke Klang dan Syah kata ok tapi kalau anything jadi pada kereta mereka tanggung dan isi minyak sekali. Syah ingat nak naik bas ke KL tapi bas mini Syah naiki tak lalu stesyen bas tetapi masuk ikut KTM dan Syah terus naik Komuter ke KL. Syah sempat beli fruit sebelum masuk stesyen. Bila sampai Stesyen Bank Negara, Syah tengok orang ramai hendak masuk train. Heran bin ajaib, kemudiannya ada announcement meminta kami keluar kerana train akan berpatah balik ke Rawang dan minta penumpang ke KL dan Seremban naik shuttle bas yang mereka sediakan. Dalam hati Syah kata mesti KTM buat hal lagi. Nak tanya staff yang jaga gate tu muka ketat jer jawap soalan orang ramai, mungkin dia tension jawap soalan yang sama kot? tapi dah kerjakan buat jerlah sepatutnya. Bila Syah tanya kena punch ker kad Touch & Go pun dia macam tengok muka kita balik hehehe.

Syahpun ikut jerlah orang ramai naik bas yang disediakan untuk ke KL Sentral. Alamak jalan jem gila dan Syah kata dalam hati alamat lambatlah sampai Jalan TAR dan takut kedai jual bahan-bahan perkahwinan tu tutup. Bila sampai ke stesyen KTM KL Syah tengok ada orang turun dan Syahpun turun sama. Tanya pekerja kat situ nak punch kad kat mana dan dia tunjukkan arah tempat yang sepatutnya Syah tuju. On the way ketempat tu Syah nampak ramai pekerja sedang membuat kerja baikpulih rail komuter dan keratapi dan Syah nampak macam bumbung pecah teruk macam taufan pula. Macam biasa bila ada benda nampak lain naluri nak ambil gambar tu datang berkobar-kobar dan on jer lah cam. Lepas habis ambil gambar Syah tanya security kat mana nak punch out.


Sempat tanya dia kenapa stesyen tutup. Rupa-rupanya kali ini bukan salah Komuter/KTM masalah nie tetapi salah pihak lain. Menurut security tu, sebuah krain yang buat kerja diluar kawasan KTM terbalik dan batang krain yang panjang tu menghempap kawasan KTM tu yang Syah nampak bumbung masa kena taufan tadi tu. Syah tak tanya pula samada berlaku kemalangan jiwa, rasanya tak ada tu dan kalau ada mesti dia cerita? Syah nampak krain yang dia perkatakan tu lalu Syah pergi kekawasan Krain tu, adalah 5minit perjaanan dan ambil gambar keadaan disitu. Memang teruk keadaannya banyak benda yang pecah termasuklah bumbung pejalan kaki. Dah minat dan Syah upload di Facebook, kalau nak tengok sudi-sudikan ke FB Syah yer .Agaknya insiden nie berlaku waktu malam kot?


Dari KTM KL Syah ke CM dan jalan kaki ke Jalan TAR. Sempat lagi dan kedai tak tutup. Hari tu Syah ada beli daun emas untuk coklat hantara dan satu pack tak guna lalu Syah tanya pekerja kat situ samada boleh tukar kerana Syah nak beli daun merah untuk duit RM10 itew. Untung tauke kata ok. Lepas beli keperluan tu Syah jalan-jalan Pasar Malam dan beli kacang rebus, jagung bakar dan minum air tebu. Lepas tu Syah balik KL Residence dan sampai KL Residence waktu Azan Maghrib. Lepas soalt Syah kekedai gunting untuk bercukur bagi smart sket untuk majlis bertunang esok. Ok lah sekarag jam 02:06hrs danSyah hendak menidurkan diri coz esok jam 06:00hrs SYah nak bangun dan bersiap untuk Majlis nie.

No comments: