31.05.2012, Khamis - Malam ini Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Turut serta dalam majlis bacaan Yasin dan doa selamat malam ini adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon. Kedua-dua Seri Paduka Baginda berangkat sampai ke Masjid Negara pada jam 19:20hrs tadi disambut oleh Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor. Turut serta adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Majlis yang dimulai selepas solat Maghrib ini diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad.
Sumber : Bernama / Masjid Negara
No comments:
Post a Comment