05.05.2012, Sabtu - Petang tadi Syah ke KLCC untuk menyaksikan Pameran Kesultanan Perak. Gembira rasanya dapat menyaksikan pameran ini kerana sewaktu iannya diadakan di Ipoh tempohari Syah tak berkesempatan kesana. Tapi sebenarnya Syah hampa dengan pengurusan galeri nie yang tidak membenarkan gambar diambil. Tak apalah mungkin itu keputusan pihak pengurusan galeri dan sebagai pengunjung kita harus mematuhinya. Masa Syah ambil gambar Almarhum Sultan Abdullah nie ada security inform katanya tak boleh ambil gambar dan Syah minta maaf dan diapun cakap dengan cara yang baik.
Tetapi semasa Syah sedang melihat bahan-bahan yang dipamirkan terdapat beberapa remaja masuk dan terus bergambar dengan gembiranya. Tiba-tiba terus salah seorang security tanya dengan kasar, katanya pernah masuk sini tak? dan budak tu kata pertama kali tak silap Syah dan dia jawap tak baca ker apa yang ditulis kat depan tu, dia merujuk kepada larangan mengambil gambar. Syah pun tak perasan signboard tu sebelum ini.Tapi tak patutlah dia sound orang macam tu. Dia ingat besar sangat ker uniform polis (Polis Bantuan) yang dia pakai tu. kalau nak menegurpun biarlah berhemah sedikit.
Syah tengok sana sini ada pengawal keselamatan sebab nak jaga orang supaya tak ambil gambar atau mencuri walaupun setiap penjuru ada kamera litar. Sampai mereka macam boring jer Syah tengok sebab kerja menjaga pameran tu dan untuk hilangkan boring Syah tengok mereka asik buat sesuatu dengan handphone mereka tak taulah main game ker atau ber sms. Pameran Raja Kita kat Istana Negarapun tak kecoh macam nie dan semua orang boleh ambil gambar memang jauh bezanya tetapi apa-apapun macam Syah cakap tadi kena hormat keputusan yang telah ditetapkan oleh Galeri Petronas.
Apa-apapun Syah tetap bershukur kerana dapat menyaksikan Pameran Kesultanan Perak ini. Jika anda ada masa bawalah keluarga terutamanya anak-anak bagi mendedahkan mereka kepada instituisi Raja Berpelembagaan di Malaysia. Pameran ini bermula 26.04.2012 lepas dan akan berakhir pada 24.06.2012. Untuk masuk anda hanya perlu mendaftarkan nama dikaunter dan tiada caj dikenakan. Jom kita semua ........................
No comments:
Post a Comment