Sunday, May 13, 2012

Sultan Joor Beri Penghormatan Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak Melepaskan Konvoi KMJ 2012

13.05.2012, Ahad - Hari ini Anak Bugis yang amat kita sayangi  iaitu  Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghadiri Majlis Pelancaran Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 bertempat di TJ Mart, Saleng, Kulaijaya. Datuk Seri Najib juga telah diberi penghormatan oleh Sultan Johor untuk melepaskan konvoi KMJ 2012 yang diketuai oleh Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Dalam ucapannya, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak berkata :-
  • Kembara Mahkota Johor merupakan suatu program yang istemewa dan unik kerana program seumpama ini tidak terdapat di negeri-negeri lain.  Ia menunjukkan Sultan Johor amat mengambil berat tentang rakyatnya. 
  • Saya percaya tiada perkembangan (tentang rakyat Johor) yang tidak diketahui oleh baginda Tuanku.
  • Program Kembara Mahkota Johor juga selaras dengan falsafah gagasan 1Malaysia iaitu "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".
YAB Datuk Seri Najib sempat berseloroh  dengan berkata bahawa menaiki motorsikal besar bukan bidang kemahirannya dan kerana itulah beliau telah mengarahkan dua menteri kabinetnya iaitu Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.mengiringi Sultan Johor sepanjang KMJ 2012. 

Sumber ;- Bernama

No comments: