Wednesday, May 16, 2012

Sultan Selangor Kembalikan Gelaran Dato' Kepada 2 Penyandang Gelaran Berkenaan

16.05.2012, Rabu - Atas Titah Perkenan Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul  Aziz Shah Alhaj setelah mengadakan perundingan dengan Dewan Diraja Selangor yang bersidang kali ke-132 pada 23 April 2012 lepas telah mengembalikan semula Darjah Kebesaran Negeri Selangor kepada penyandangnya yang digantung sementara waktu seperti berikut :-
  • Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Saidin Thamby - Gelaran Dato' dikembalikan setelah Mahkamah Rayuan  pada 06.04.2012 lepas membebaskan beliau daripada pertuduhan menerima suapan RM1juta daripada bekas Pengerusi Eksekutif Nusantara Networks Sdn Bhd, Datuk Dr Hanifah Nordin pada 15 Mac 1997.  Beliau menyandang keahlian darjah kebesaran (kelas kedua) Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dan digantungn keahliannya pada 30.10.2004.

  • Bekas Pengurus Besar Kanan (Pelaburan) Lembaga Tabung Haji, Mohamed Shafie - Gelaran Dato' dikembalikan setelah Mahkamah Rayuan melepaskan beliau dari  hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan pecah amanah dan menipu membabitkan wang RM200juta wang Lembaga Tabung Haji pada 2002. Beliau menyandang keahlian darjah kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA).

Dalam masa yang sama pula kerajaan Selangor telah menarik balik dan membatalkan darjah kebesaran membawa gelaran Dato' yang disandang oleh :-
  • Bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Md Saberi Md Saleh berkuat kuasa mulai 23 April 2012  lepas. Beliau yang menerima Darjah Datuk Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) pada 1999 itu didapat bersalah mengikut Seksyen 1(C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang dibaca bersama Seksyen 20(1)C akta sama dan dijatuhkan hukuman penjara satu tahun dari tarikh perintah iaitu 30 Januari 2012 oleh Mahkamah Rayuan. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Sulaiman Daud memutuskan tertuduh mempunyai niat untuk mengelirukan sedangkan dia tahu peralatan sukan berkenaan tidak dibekalkan kepada universiti berkenaan.
Sumber :- Berita Harian

No comments: