10.05.2012, Khamis - Hari ini Potrait Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Alhaj Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah mula diedarkan. Syah ambil gambar nie di Jabatan Penerangan di Angkasapuri. Jam 12:20hrs tadi Syah keluar sekejap ke Angkasapuri naik teksi dan sampai jer kena ambil passcard dan tanya guard mana bangunan Jabatan Penerangan. Kata mereka atas bukit jauh belakang sedikit dan Syah redah jer cari tempat tu sambil berlari-lari anak takut mereka dah tutup kerana waktu lunch dah nak tiba.
Akhirnya jumpa juga dalam keadan termengah-mengah dan berpeluh tu. Masuk jer tanya kaunter hendak ambil gambar Agong dan mereka hendak surat. Alamak dan terus Syah informed mereka yang Syah dah call tadi hendak dua set sahaja dan mereka kata tak perlu surat melainkan jika Syah minta lebih. Akhirnya mereka bagi Syah dua set. Satu untuk Syah simpan di MBS Mini Royal Library Syah dan satu akan diframekan untuk digantung dihadapan rumah Syah (car porch).

Abang yang bagi potrait tu tanya untuk sendiri atau company, terus Syah kata TM kerana nanti banyak pula soalnya dan dia tanya ada kerja kosong tak? Syah senyum jer. Dapat jer gambar tu terus Syah keluar dan pulangkan semula pass pelawat dan ambil pass card Syah semula. On the way kejalan besar nampak teksi dan gamble jer angkat tangan dan dia berhenti rupanya. Kena berlari sedikit kerana teksi tu terlajak berhenti kedepan sedikit. Tak sampai 30minit urusan Syah ambil gambar ini. Tak lama sampai office hujanpun turun dan tergelak dalam hati, jika tak ada teksi tadi Syah akan jalan kaki ke office dan bayangkan kalau hujan tengah jalan. Sia-sia jer Syah ambil gambar tu jika basah kena hujan kan? Shukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Suka sangat dapat gambar tu hari ini, Terima kasih Ya Allah.
2 comments:
Gambar Raja Permaisuri Agong ada sekali tak?
best la dia dapat gmbr baru.. hehe..
Post a Comment