Thursday, May 10, 2012

Tuanku Abdul Halim Berangkat Ke Istana Nurul Iman

10.05.2012, Khamis - Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan rombongan telah berangkat ke Istana Nurul Iman untuk majlis kunjungan muhibah terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam. Rombongan diraja tiba dihadapan Istana kira-kira jam 11:00hrs dan kedengaran lagu Kebangsaan kedua-dua negara berkumandang diudara diikuti dengan 21 das tembakan meriam sebelum Tuanku Abdul Halim dan Sultan Hasanal Bolkiah memeriksa perbarisan kawalan kehormat.

Seri Paduka Baginda berdua telah disembahkan kalungan bunga oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah sebelum Tuanku Abdul Halim dan rombongan memasuki Istana Nurul Iman. Tuanku Abdul Halim dan rombongan telah diperkenalkan kepada Speaker Majlis Mesyuarat Negara, para menteri dan timbalan menteri Brunei. Kelihatan Sultan Brunei memimpin tangan Tuanku Abdul Halim sebagai tanda hormat baginda kepada orang yang lebih tua daripada baginda.  Satu contoh yang baik untuk dijadikan tauladan supaya kita lebih menghormati orang-orang yang lebih tua dari kita.  Sultan Brunei yang mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi lagi boleh buat, ini kan pula kita, betul tak?

Sumber :- Bernama/Jabatan Penerangan Brunei

1 comment:

Unknown said...

tersentuh hati ini bile tgk pic ini...