Saturday, May 5, 2012

Tuanku Hajah Haminah Rasmikan Pekan Nat Pandu Puteri 2012

05.05.2012, Sabtu - Malam tadi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan merasmikan Pekan Nat Pandu Puteri 2012 sempena sambutan 80 Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan Kedah di perkarangan Menara Alor Star. Tuanku Hajah Haminah yang juga merupakan Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia berangkat tiba pada jam 20:30hrs diiringi oleh Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan Kedah, Dato' Seri Diraja Tunku Soraya binti Sultan Abdul Halim.

Dalam titah baginda, Tuanku Hajah Haminah menzairkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada jawatankuasa terlibat yang telah bertungkus lumus bekerja keras bagi memastikan kejayaan program yang julung kalinya diadakan di Kedah ini berjalan lancar dan berharap agar persatuan dapat membimbing anak-anak untuk berdaya saing untuk keperingkat lebih tinggi.Tuanku Hajah Haminah kemudiannya melawat gerai persatuan dan gerai jualan hasil pertanian nanas yang diusahakan oleh Persatuan Pandu Puteri Kedah bersama sebuah syarikat swasta di ladang nanas Nas Wawasan di Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Dalam lawat gerai ini, Tuanku Hajah Haminah telah berkenan merasai keenakan buah nanas jenis Moris yang baru dituai dan diedarkan dengan jenama Ananas Puteri.


Sumber :-  Bernama

No comments: