Monday, May 14, 2012

Bakar Sampah Depan Rumah

14.05.2012, Isnin - Petang tadi selepas bersantai minum petang dengan kuih sagu perisa milo resipi khas Syah tu Syah mentenet sekejap dan kemudiannya solat Asar. Rasanya lepas nie tak akan buat lagi kuih tu sebab lain beno ropanya dari yang biasa dimakan tu. Elok letak pewarna jer kot dan tak boleh dibega-bega letak benda lain.  jadinya lain, dia jadi macam dua layer dan bentuknya macam agar-agarpun ada gak.  Tetapi dah buat makan jugalah dan sedap gak rasanya, bukanlah nak masuk bakul angkat sendiri tetapi kalau bagi orang lain makan, tak tahulah apa dema kata kan? 


Lepas siram pokok bunga,  teringat ada kotak-kotak yang tak perlu dan Syah bawa keluar dan bakar kat depan rumah bersama-sama daun-daun  kering. Panas betul api kat belakang tu tetapi sebab nak berkongsi cerita dengan anda semua, tahankan jer lah, sampai berkerut muka menahan panas..............Heheheheheh. Bak kata orang "Sharing is Caring"  Itu jer lah aktiviti Syah petang nie dan dinner nanti tak masaklah kot dan hendak makan buah betik yang Syah beli kat pasar tadi.  lagipun ada kurma dan Oat 3 in 1 dan kalau lapo bolehlah dijadikan pengalas perut.  Sekarang nie nak berjimat cermat sedikit disamping diet, maklumlah harga barang sekarang nie agak mahal dan kalau rasa tak penting tak payahlah beli.  Beli makanan kat luar sekarang niepun mahal dan lebih baik masak sendiri dan kita tahu apa bahan yang kita guna. Tapi kalau emergency atau tak sempat tak salah makan kat luar tetapi maksud Syah tu tidaklah hari-hari makan kat kedai walaupun Syah nie bujang.

No comments: