Wednesday, May 9, 2012

Tuanku Abdul Halim Mengadakan Lawatan Rasmi Negara Ke Brunei

09.05.2012, Rabu - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Hamim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon akan memulakan lawatan rasmi negara selama tiga hari ke Negara Brunei Darussalam bermula hari ini. Lawatan ini merupalan lawatan rasmi pertama Tuanku Abdul Halim ke Brunei semenjak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. Menteri pengiring adalah YBM Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Turut mengiringi adalah pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar, Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri.

Program yang diaturkan untuk lawatan ini termasuk Majlis Mengadap Sultan Brunei, Majlis Santapan Negara dan Lawatan ke Bangunan Alat Kebesaran Diraja dan Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.  Disamping itu Seri Paduka Baginda berdua akan dijadualkan berjumpa dengan warga Malaysia di Brunei. Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan dijadualkan berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada Jumaat ini.  


Rombongan Diraja berlepas daripada Komplek Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 15:10hrs. Sebelum berangkat, nyanyian lagu Negaraku dimainkan dan 21 das tembakan meriam dilepaskan ke udara. Tuanku juga telah berkenan memeriksa barisan kehormat 103 pegawai dan anggota Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja.  Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh membacakan doa sebelum rombongan Diraja berlepas.


Kami semua mendoakan agar perjalanan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Serta rombongan Diraja dilindungi daripada sebarang malapetaka dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

Sumber :- Bernama

No comments: