Monday, May 7, 2012

Sambutan hari Hol Negeri Pahang

07.05.2012, Isnin - Hari ini merupakan Hari Hol Negeri Pahang. Semalam ada seorang sahabat menjemput Syah bersama-sama ke Pekan untuk sambutan ini kerana dia mendapat jemputan tetapi Syah tak dapat mengikut beliau kerana ada tugasan yang perlu disiapkan hari ini dipejabat.  Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Hol membawa maksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali.  Hari Hol Negeri Pahang merupakan hari memperingiti kemangkatan keluarga diraja Pahang.Hari Hol Negeri Pahang mula disambut pada tahun 1974 bagi memperingati kemangkatan Sultan Pahang Ke-4 iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah yang merupakan Ayahanda Tuanku Sultan Pahang sekarang ini. Tanggal 07 Mei telah diistiharkan sebagai cuti umum di Pahang setiap tahun bagi Sambutan Hari Hol Pahang. Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah serta kerabat diraja dan tetamu jemputan berada di Makam Diraja Pahang, Pekan, Pahang untuk Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin dihadapan Makam Almarhum Ayahanda dan Bonda Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah.

Didalam Makam Diraja ini terdapat tiga makam utama iaiitu yang bewarna hijau ini adalah Almarhumah Tengku Ampuan Hajah Afzan yang merupakan permaisuri kepada Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah manakala dibelakangnya adalah Makam Almarhumah Tengku Ampuan Raja  Fatimah binti Sultan Iskandar shah (Sultan Perak ke-30) iaitu bonda Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah dan dibelakangnya adalah Makam Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah yang merupakan Ayahanda Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah.  Al-Fatihah ....................... kepada Almarhum dan Almarhumah Sultan dan Tengku Ampuan-Tengku Ampuan Pahang serta Allahyarham dan Allahyarhamah Kerabat Diraja Pahang semuga Roh Mereka Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh.  Amin.
Sumber :- Bernama / Mustafar Benyahya /Bilal Azzam Baker

No comments: