Saturday, May 5, 2012

Sultan Pahang Rasmikan Hari Anggota Bomba Sedunia 2012

05.05.2012, Sabtu - Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2012 atau World Fire Fighters Day 2012 telah diadakan di Dataran Pekan, Pahang bermula 04  Mei sehingga 06 Mei 2012. Pada hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan mencemar duli melancarkan majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia. Turut hadir dalam majlis ini adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung,  Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim serta Menteri Besar Pahang Dato Seri Adnan Yaakob.  Selepas melancarkan majlis ini,  Tuanku Sultan Pahang telah diarak menaiki kenderaan "Amfibia" milik Jabatan Bomba dan Penyelamat. Diakhir majlis Tuanku Ahmad Shah telah berkenan memotong kek yang unik berbentuk kenderaan Bomba dan Penyelamat.

Sumber :-Bernam

No comments: