Wednesday, May 2, 2012

Raja Fatimah binti Raja Bendahara Raja Abdul Rashid Mangkat

02.05.2012, Rabu -  (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ), Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un ............... Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang kerabat diraja Perak Allahyarhamah YM Raja Fatimah binti Raja Bendahara Raja Abdul Rashid telah mangkat (meninggal dunia)  pagi tadi di Hospital Sungai Buluh, Selangor.  Allahyarhamah merupakan puteri kepada Raja Bendahara Perak, DYAM Raja Abdul Rashid dengan salah seorang isterinya Hajjah Sharifah Rokiah binti Syed Kassim.  Maklumat terkini yang diperolehi memaklumkan jenazah telah dibawa keluar daripada hospital jam 13:00hrs tadi ke Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.  Jika jenazah sempat sampai ke Bukit Chandan sebelum solat Asar,  jenazah akan dibawa kerumah Raja Najibuddin jika tidak jenazah akan terus dibawa ke Makam Diraja Al-Ghufran untuk dimakamkan (kebumikan) Allahyarhamah berusia 71tahun dan  mangkat ketika berada di  bahagian Emergency Hospital Sungai Buluh lebih kurang jam 09:45hrs akibat masalah Jantung.

Al-Fatihah ............ Semuga Roh Allahyarhamah Raja Fatimah binti Raja Bendahara Raja Abdul Rashid DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. Amin.

1 comment:

Putra Blog said...

Al -Fatihah kita buat seluruh kaum keluarga