02.05.2012, Rabu - Semalam tengkusyah.blogspot tak dapat bersiaran kononya (hehehehheheh) kerana busy sedikit dirumah dari pagi sampai ke malam. Pagi semalam Syah cuci pakaian, cuci depan rumah, basuh kereta dan cuci pagar hingga berdarah tangan Syah terkena blade stainless steel ketika membersihkannya. Untunglah tak sakit sangat dan insyallah lukanya beransur pulih. Lepas kemas luar Syah kemas dalam rumah pula, sapu sampah dan mop ruang tamu, dapur dan tangga. Setelah selesai Syah turunkan kerusi "3 seater" untuk diletak di car porch kerana Kak Lang serta Keluarga, Mus, Cd, Haziq dan Papanya hendak datang.
Mereka sebenarnya balik kampung sempena cuti 01 May. Masa Syah berkemas, jiran Syah Azron datang inform nak kutip wang deposit buat pintu pagar belakang rumah kami. Maksud Syah dia henak buat pintu pagar laluan belakang rumah kami supaya orang yang tidak berkenaan tidak boleh lalu/masuk dikawasan belakang rumah kami untuk mengelakkan barang-barang kami hilang kerana ada berlaku kes kecurian. Sebuah rumah kena caj RM300.00 dan semalam dia minta RM150.00. Mana-mana rumah yang tidak hendak join, kunci tidak akan diberikan dan jika mereka berkehendakkan kunci kemudiannya, mereka kena bayar RM300.00. Syah tak ada cash masa tu dan informed Azron yang Syah akan bayar pada sebelah malam selepas keluarkan duit nanti.
Lepas solat Zohor Syah keluar ke Pekan Rawang untuk keluarkan duit dan beli sedikit makanan untuk tetamu nanti. Syah beli Spring Roll Goreng, Wade, Tuna dan roti untuk Syah buat sandwich. Selepas selesai semua Syah kekedai makan Laksa dan Barli Panas sebelum balik ke Rawang Residence. Sampai Rawang Residence Syah beli Ice dan Minuman Dalam Botol untuk tetamu nanti. Balik rumah Syah kupas betik yang Syah beli kat pasar malam hari tu dan buat tuna sandwich. Lepas solat Asar, Syah hidangkan makanan kat meja di car porch dan mas nie hujan turun dengan lebat sekali. Rupanya mereka singgah kerana nak celebrate belated birthday untuk Syah. Kek nie anak saudara Syah, Haziq yang sponsored. Thanx Haziq.
Mula-mula Kak Lang serta keluarga sampai dan Syah suruh dia makan dulu dan kemudiannya dia keluarkan meehon goreng yang dia bawa dari kampung. Tak lama selepas tu Muss, Cd, Haziq dan Papanya datang. Kebetulan mereka balik kampung naik van dan Syah minta jasabaik Papa Haziq untuk bawakan tanduk rusa pusaka Syah yang kat kampung tu ke Rawang Residence. Tanduk nie kepunyaan keluarga sebelah Almarhumah bonda Syah dan tertulis kat papan tu 1901-1967. Mengikut Ayahanda, tanduk nie diberikan kepada bonda Syah oleh ayah kepada bonda Syah. Memang dah lama nak bawa tanduk nie ke Rawang Residence tetapi tak kesempatan.
Mereka sampai hampir jam 17:00hrs dan balik selepas solat Insyak. Sebelum tu Syah ke rumah Azron untuk bayar RM150.00 tu tetapi Syah panggil dia tak buka pintu, loceng diapun tak function lalu Syah ke pintu belakang dan nampak isteri dia sedang memasak. Katanya suami dia suka buka TV kuat-kuat sebab tu bila Syah panggil tak dengar, kesian Abang ........ kata isterinya kat Syah. Lepas berikan duit pada Azron Syah balik semula ke Rawang Residence lepak-lepak dengan mereka. Setelah semua tetamu balik time tu mengemas, walaupun penat tetapi happy sebab saudara mara sudi datang melawat Syah.
Pagi nie Syah terlambat bangun sebab penat sangat rasanya dan badan rasa sakit-sakit. Bila keluar rumah bas dah lalu dan terpaksa Syah berlari sampai sakit dada dibuatnya untuk tunggu bas depan simpang jalan besar. Pagi-pagi lagi dan termengah-mengah tetapi sempat naik bas tu. Shukur Alhamdulillah. Syah sampai lewat sedikit tetapi taklah lewat sangat cuma 15 minit jew.
No comments:
Post a Comment