03.05.2012, Khamis - Pagi tadi Syah jumpa Dr Rasol di TM Medical Center, TM Annexe 2 kerana masalah piles Syah datang semula dan rasa tak selesa. Hari tu dah nak ok tetiba pula kena sembelit. Rasa sakit semula dan Doktor dah bagi ubat dan kali nie dia minta Syah makan Daflon tu 2 biji sekali makan dan ada ubat untuk lembutkan najis, ubat untuk diinsert dan sapu. Actually semalam Syah dah ke kelinik nie tapi doktor baru jer keluar dan malas nak jumpa doktor perempuan. Syah ingat hendak ambil ubat insert tu tetapi nurse kata tak boleh ambil ubat yang tak pernah ambil kerana kena jumpa doktor dulu lalu Syah balik semula ke office dan ambil ubat tu kat kelinik lain di Menara TM, sebenarnya boleh jer ................. tetapi itu dah prosidur mereka, Ikut jerlah labuuuu ................ Entahlah ada-ada sahaja kan?
Lepas jumpa doktor Syah jumpa Bun, fisio Syah dulu tu masa problem lutut. Sembang-sembang dengan dia sekejap dan rupanya hendak kahwin akhir bulan nie dan Syah ucapkan tahniah. Majlis diadakan dikampungnya di Kedah dan kebetulan dapat orang Kedah juga, cikgu tadika katanya. Balik dari kelinik terus Syah Lunch macam biasa, apalagi Laksa dan Barli Panas. Sebentar nanti jam 14:30hrs Syah dan rakan-rakan yang berkenaan hendak ke TM Convention Center ada function - Appreaciation High Tea untuk AJK yang terlibat dalam TM Education and Carer Fair yang berlangsung pada 06 - 08 April lepas. Perut pula sakit dan tengahari tadi ke toilet Syah. Lately lutut Syah ada kalanya rasa sakit dan bisa sedikit. Entah-entah liquid yang inject hari tu dah hendak habis kot? tetapi takkan lah cepatnya............ Harap-harap tak ada apa-apa yang merbahaya.Hehheheh ............. Doakan Syah sihat dan sembuh dari penyakit nie yer kawan-kawan semua dan Syah juga akan mendoakan kesejahteraan anda semua. Amin
Jumpa lagi dilain Entry ............................... Byeeeeeeeeeeeeee
No comments:
Post a Comment