08.05.2012, Selasa - Uncle SMS dilaporkan meninggal dunia di penjara hari ini. Uncle sms nie atau nama sebenarnya Amphon Tangnoppaku adalah lelaki berusia 61 tahun dan telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dibawah undang-undang "lese-majeste" iaitu tindakan undang-undang yang dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menderhaka/menghina Raja, Ratu atau Putera Mahkota Thailand. Beliau disabitkan kesalahan menghantar 4 SMS biadap mengenai institusi beraja Thailand kepada Setiausaha Peribadi Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva pada May tahun lepas. Selepas perbicaraan, mendiang didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman pada November 2011. Menurut peguam mendiang, Anon Numpa, pihaknya belum mengenal pasti lagi punca sebenar kematian mendiang tetapi memaklumkan mendiang mengidap kanser mulut. Mendiang dikatakan mengadu sakit didalam perutnya semenjak Jumaat lepas lagi.
Semasa perbicaraan, mendiang menafikan dia menghantar sms berkenaan dan memaklumkan mahkamah bahawa dia sendiri tidak tahu cara-cara menghantar sms menggunakan telefon bimbit miliknya. Undang-undang "lese-majeste" ini selalu mendapat perhatian dunia luar agar iannya dikaji semual tetapi tidak mendapat tindakbalas daripada kerajaan Thailand. Isu ini sebenarnya merupakan isu sensitif di negara gajah putih ini yang menganggap King Bhumibol Adulyadej yang berusia 84 tahun itu sebagai separa tuhan. Kalaulah undang-undang nie ada kat Malaysia nampaknya ramai yang masuk penjara kan? Heheheheh .............. sebab itulah mereka berani menghina raja-raja kebelakangan ini dan itu belum lagi yang mengaku sebagai waris sah yang sepatutnya menjadi Sultan. Ada-ada je kan .....manusia nie?
Sumber :- Reuters
1 comment:
Oooo...Tu dia Uncle sms.Ingatkan umur 40an.
Post a Comment