24.05.2012, Khamis - Lately Syah busy sangat dengan kerja kat office coz Kak Rose cuti tiga minggu ke USA melawat mertuanya dan Syah kena cover kerja-kerja dia, so kena buat dua kerja dalam satu masa. Letih rasanya dan selalu sakit kepala terkejar-kejar masa tetapi everything under control setakat ini, Insyallah.............. Bila balik rumah badan rasa letih sangat ditambah lagi dengan jarak perjalanan yang agak jauh.
Beberapa hari lepas Ayahanda Syah menelefon dan informed doktor referkan dia ke hospital pakar kerana disyaki mengalami katarak.atau selaput mata. Risau pulak Syah dibuatnya dan minta tak ada apa-apa yang serious berlaku pada mata Ayahanda.
Hari ini ada pasar malam di Rawang Residence dan turun bas tadi Syah terus ke pasar malam dulu kerana malas hendak keluar semula bila dah masuk rumah. Syah beli air cincau soya, laksa dan jajan. Ingatkah hendak beli apam balik tetapi kedai tu tutup pula hari ini. Oklah semua Syah hendak Solat Insyak dan sehingga berjumpa lagi dilain Entry ............ Byeeeeeeeee
No comments:
Post a Comment